Simpanan RM120,000 lesap angkara 'pegawai polis'

Simpanan RM120,000 lesap angkara 'pegawai polis'

Simpanan RM120,000 lesap angkara 'pegawai polis'


am@hmetro.com.my

Muar: Bimbang ditahan kerana didakwa terjebak aktiviti penggubahan wang haram serta rasuah, seorang lelaki warga emas berputih mata apabila kerugian RM120,000 angkara sindiket ‘phone scam’ menyamar pegawai polis.

Warga emas berusia 69 tahun mendakwa dia menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis pada 31 Disember lalu.

Ketua Polis Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata suspek memberitahu kononnya mangsa terbabit dalam aktiviti penggubahan wang haram serta rasuah.

Beliau berkata, pada masa sama, suspek turut mengugut mangsa untuk mengeluarkan waran tangkap serta akan didakwa di mahkamah sekiranya gagal memberi kerjasama.

“Susulan itu, mangsa diarahkan membuka akaun baru serta maklumat kad bank kepada suspek untuk membantu menyelesaikan perkara itu.

“Suspek meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun itu yang membabitkan beberapa transaksi dengan keseluruhan berjumlah RM120,000 pada 8 Januari lalu bagi tujuan siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Raiz Mukhliz berkata, mangsa hanya menyedari dia ditipu selepas memaklumkan perkara itu kepada ahli keluarganya.

Katanya, susulan itu mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar semalam untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top