Sindiket gagal seludup 2.8 tan minyak masak peket ke Thailand

Sindiket gagal seludup 2.8 tan minyak masak peket ke Thailand


PASIR PUTEH: Cubaan sindiket penyeludupan untuk menyeludup sebanyak 2.8 tan minyak masak peket ke Thailand gagal selepas anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menahan dua buah kenderaan pelbagai guna (MPV) di jalan pintasan di sini hari ini.

Serbuan pukul 7.45 pagi bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 Pengkalan Kubor turut menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, sebelum serbuan dilakukan anggota bertugas telah mengesan dua buah MPV yang dipandu dalam mencurigakan dan dipercayai membawa muatan minyak bersubsidi untuk diseludup.

Katanya, pemeriksaan yang dijalankan membawa kepada penemuan 2.8 tan minyak masak peket.

“Sindiket telah menggunakan kain berwarna hitam untuk menyorokan barangan subsidi itu bagi mengaburi mata pihak anggota penguat kuasa.

“Siasatan awal mendapati sindiket terbabit dipercayai menggunakan rumah transit sebagai lokasi penyimpanan sementara sebelum muatan diseludup ke sempadan negara,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Aswadi memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Seksyen 10 akta sama.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi menjejaki rantaian sindiket berkenaan dan mengenal pasti dalang utama.

100426-Klt-SeludupMinyak

PEGAWAI KPDN Kelantan memeriksa minyak masak peket yang dirampas dalam serbuan di Pasir Puteh, Kelantan hari ini.

-habis-



Source link

OR

Scroll to Top