September 8, 2024

Singapura tamatkan 3G secara berfasa mulai 1 Ogos

Singapura tamatkan 3G secara berfasa mulai 1 Ogos


Singapura: Rangkaian 3G Singapura yang diperkenalkan lebih 20 tahun lalu akan ditamatkan secara berfasa mulai 1 Ogos, menurut Penguasa Pembangunan Infokom Media (Imda) pada Rabu.

Imda memaklumkan bahawa proses itu akan dimulakan dengan M1, satu daripada tiga pengendali rangkaian mudah alih (MNO) yang menyediakan perkhidmatan 3G di negara berkenaan.

“Imda memantau kemajuan MNO dengan teliti.

“Memandangkan semua pelanggan 3G individu dan perusahaan M1 telah beralih kepada perkhidmatan 4G/5G, M1 akan memulakan proses menamatkan rangkaian 3G mereka bermula 1 Ogos 2024,” menurut IMDA dalam satu kenyataan.

Dua lagi MNO iaitu Singtel dan StarHub akan melanjutkan tempoh masa kepada pelanggan 3G mereka untuk beralih kepada perkhidmatan 4G/5G dan akan terus membantu pelanggannya.

Singtel dan StarHub merancang memulakan proses menamatkan perkhidmatan 3G mereka mulai November 2024.

Imda sudah meminta MNO untuk memastikan semua pelanggan, sama ada individu mahupun perusahaan beralih ke rangkaian 4G/5G sebelum menghentikan perkhidmatan 3G.

Jika perkara ini tercapai, MNO boleh mula menghentikan perkhidmatan 3G mulai 31 Julai.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top