“Sinis Tentang Tatu, Macam Dioranglah Terpaling Masuk Syurga”

“Sinis Tentang Tatu, Macam Dioranglah Terpaling Masuk Syurga”


Pelakon Alicia Amin tampil bersuara mengenai sikap segelintir pihak yang sinis serta menjadi pelik mengenai tatu.

Menerusi perkongsian di Threads, Alicia berkata isu berkenaan tidka sepatutnya menjadi perdebatan ramai sehingga membuatkan dirinya yang mempunyai tatu rasa kurang selesa.

BACA: Alicia Amin Sah Bercerai Talak Satu

Sementara itu, Alicia berkata pada awalnya dia tertanya-tanya mengapa isu tatu hangat diperkatakan sebelum mengetahui ianya berkenaan seorang pempengaruh media sosial yang mencacah tatu kerana kemurungan.

“Sekarang baru saya faham rupa-rupanya ada isu lain melibatkan seseorang dan tatu yang dimilikinya.

“Secara peribadi, saya tiada komen tentang individu berkenaan kerana setiap orang mempunyai alasan tersendiri untuk memilih body art atau melakukan sebarang perubahan pada diri,” katanya.

Dalam pada itu, Alicia turut mempersoalkan mengenai keputusannya untuk mencacah tatu menjadi bualan ramai.

“Biarkan setiap orang membuat pilihan mereka sendiri selagi tidak memudaratkan orang lain. Kenapa keputusannya memilih untuk mencacah tatu menjadi viral? Saya sudah terlalu tua untuk hal begini, biarkan saja.

“Saya sendiri mempunyai kerjaya walaupun mempunyai tatu separuh lengan dan semuanya akan baik-baik saja,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top