Shanghai: Pemain nombor satu dunia Jannik Sinner mengalahkan juara Grand Slam 24 kali Novak Djokovic 7-6 (7/4), 6-3 untuk memenangi Shanghai Masters.
Sinner mengambil kesempatan dengan satu tindakan penting dalam permainan keempat set kedua apabila mematahkan servis Djokovic untuk mengalahkan pemain Serbia itu dalam tempoh 1 jam 37 minit.
Dia juga berjaya menafikan Djokovic gelaran singles kerjaya yang ke-100.
“Dia terlalu hebat hari ini, terlalu kuat, terlalu laju,” kata Djokovic selepas perlawanan.
Sinner menghormati lawannya sebagai ‘lagenda’ yang terus bermain ‘tenis yang luar biasa… tahun demi tahun’.
Sebagai penghormatan kepada bekas seteru Djokovic, Roger Federer, yang menonton dari tempat duduk, pemain berusia 23 tahun itu bergurau: “Ada lagenda di mana-mana, saya hanya cuba untuk mengikut sedikit.”
© New Straits Times Press (M) Bhd