Siri HONOR X9 Diiktiraf Sebagai ‘Siri Telefon Pintar Kelas Pertengahan Paling Laris’ Oleh ASEAN Records!

Siri HONOR X9 Diiktiraf Sebagai ‘Siri Telefon Pintar Kelas Pertengahan Paling Laris’ Oleh ASEAN Records!

Siri HONOR X9 Diiktiraf Sebagai ‘Siri Telefon Pintar Kelas Pertengahan Paling Laris’ Oleh ASEAN Records!


Nampaknya siri HONOR X9 memang bukan calang-calang weh! HONOR baru-baru ni umum yang Siri HONOR X9 dah berjaya bawa pulang anugerah ‘Siri Telefon Pintar Kelas Pertengahan Paling Laris’ daripada ASEAN Records. Satu pengiktirafan besar yang memang bukti betapa laku kerasnya model ni dekat pasaran Asia Tenggara.

Gillian Ooi (kiri) dan Eldrick Koh (kanan), Pengarah Urusan ASEAN Records, bersama Tan Pei Ling (tengah), Ketua Jualan Saluran HONOR Malaysia

Anugerah tu disampaikan sendiri oleh Pengarah Urusan ASEAN Records, Gillian Ooi dan Eldrick Koh, kepada Tan Pei Ling,Ketua Jualan Saluran HONOR Malaysia di Jerayawara HONOR X9d 5G di IOI Mall Puchong.

Dari kiri: HONOR X9a, X9b, X9c dan model terbaharu yang dilancarkan, X9d

Kalau korang nak tahu, siri X9 ni termasuk model popular macam HONOR X9a, X9b, dan terbaru X9c, yang memang jadi kegemaran ramai sebab kombinasi design cun, tahan lasak, dan prestasi padu. Tak hairanlah bila bahagian pasaran siri ni meningkat daripada 33% pada 2023 ke 56% pada 2025.

Kiranya sekarang ni, satu daripada dua telefon kelas pertengahan yang terjual di Malaysia, confirm dari siri HONOR X9. Gempak kan?

Lagi padu HONOR X9d 5G yang baru dilancarkan pun dah sold out masa pra-tempahan! Model ni siap pecahkan rekod jualan pra-tempahan versi sebelum ni, iaitu X9c. Memang nampak jelas pengaruh HONOR makin kuat dalam pasaran telefon kelas pertengahan sekarang.

Bagi yang tengah berkira-kira nak beli, HONOR X9d 5G dah pun mula dijual di seluruh negara dengan harga RM1,499 untuk varian 24GB RAM (termasuk HONOR Turbo RAM 12GB) + 256GB storan manakala RM1,699 untuk storan 512GB

Setiap pembelian pula siap dapat hadiah percuma bernilai RM946, termasuk jam tangan pintar HONOR Watch 2i, perlindungan retak 365 hari, jaminan lanjutan 1 tahun, dan perlindungan kerosakan cecair 1 tahun.

Dengan semua pencapaian ni, nampaknya HONOR bukan saja makin kukuh di Malaysia tapi juga tengah mendominasi seluruh rantau Asia Tenggara. Tak mustahil lepas ni, Siri X9 akan terus kekal sebagai mid-range king dalam kelasnya!






Source link

OR

Scroll to Top