#SisBoleh! Grab Malaysia & LWN bersatu angkat bola sepak wanita Malaysia

#SisBoleh! Grab Malaysia & LWN bersatu angkat bola sepak wanita Malaysia


BOLA sepak bukan lagi sekadar milik lelaki. Di Malaysia, sukan ini semakin mendapat tempat di hati peminat wanita dan kini langkah besar diambil untuk menjadikannya lebih dikenali.

Grab Malaysia baru-baru ini mengumumkan kerjasama rasmi dengan Liga Wanita Nasional (LWN) sebagai Platform e-Hailing & Penghantaran Makanan Rasmi untuk musim 2025.

Pelancaran penuh meriah ini turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh, sekali gus menandakan satu lagi bab baharu dalam perjuangan mengangkat prestij bola sepak wanita.

Musim 2025 bakal menyaksikan pertembungan sengit lapan pasukan hebat iaitu Kelana United FC, KL Rangers FC, Kuala Lumpur FA, MBSJ FC, Red Eagles FC, Sabah FA, Selangor FC dan Young Tigress.

Pertandingan ini bukan sekadar soal kemenangan, tetapi tentang ketabahan, bakat dan semangat juang para pemain yang mewakili suara wanita di arena bola sepak.

Menurut Pengarah Urusan Grab Malaysia, Adelene Foo, kerjasama ini selari dengan misi Grab untuk memperkasa wanita, sama ada memecah batas di padang atau mengejar peluang hidup.

“Apa yang lebih memberi inspirasi, beberapa pemain bola sepak liga ini juga merupakan rakan-pemandu dan penghantar di Grab.

“Mereka membuktikan bahawa disiplin dan semangat juang boleh diaplikasikan dalam apa sahaja bidang,” jelasnya.

Grab sebelum ini telah melaksanakan inisiatif #SisBoleh, yang menyediakan peluang menjana pendapatan secara fleksibel untuk wanita.

Kerjasama dengan LWN adalah langkah lanjut untuk memacu pemerkasaan ekonomi inklusif sambil mengangkat imej sukan wanita.

Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, Datuk Suraya Yaacob, pula menegaskan, kerjasama ini bukan sekadar kolaborasi biasa.

“Ini adalah gerakan bermakna untuk mengangkat bola sepak wanita dan memperkasakan suara atlet di seluruh negara.

“Sukan wanita berhak mendapat lebih banyak liputan dan dorongan,” ujarnya.

Pelbagai ganjaran istimewa

Dengan sokongan Grab, keterlihatan LWN akan meningkat melalui kandungan inspirasi di aplikasi, promosi perlawanan, dan pengalaman penonton yang lebih mudah, termasuk tempahan makanan kegemaran melalui GrabFood di lokasi perlawanan.

Menerusi aplikasi Grab, rakyat Malaysia dapat mengikuti perkembangan liga, mengenali pemain dan menyokong pasukan pilihan dengan lebih dekat.

Bagi para pemain pula, pelbagai ganjaran dan keistimewaan menanti sebagai penghargaan kepada usaha mereka di dalam dan luar padang.

Kerjasama tersebut bukan sekadar tentang sukan, tetapi tentang membuka peluang, membina keyakinan, dan mengilhamkan generasi seterusnya untuk berani bermimpi.

Sama ada anda peminat tegar bola sepak atau baru ingin mengenalinya, musim 2025 LWN menjanjikan aksi yang memukau. Jangan sekadar menonton, kalian boleh sertai, raikan dan sebarkan semangat #SisBoleh bersama Grab Malaysia dan Liga Wanita Nasional.

Maklumat lanjut tentang jadual perlawanan dan pasukan boleh didapati di laman rasmi Liga Wanita Nasional.



Source link

OR

Scroll to Top