SITI KHADIJAH Rai Ulang Tahun Ke-15, Rasmi Galeri Pelawat Pertama di Laman Khadijah – Hijabista

SITI KHADIJAH Rai Ulang Tahun Ke-15, Rasmi Galeri Pelawat Pertama di Laman Khadijah – Hijabista

Kekuatan seorang wanita memang tidak dapat disangkalkan. Walaupun diuji dengan penyakit barah payu dara, namun mereka tetap kental meneruskan kehidupan dan tidak pernah patah semangat. Begitulah hebatnya mereka yang bergelar wanita ini.

Seperti Ummi Salmah Hashim, 44, yang telah didiagnos kanser pada tahun 2016, dia tidak menyangka perjalanan kehidupannya berubah selepas menyedari terdapat ketulan di bahagian dadanya sewaktu mandi.

Tiba-tiba tanda itu muncul di badan.

“Selepas menyedari ada ketulan tersebut, saya terus ke klinik panel dan mereka menyuruh saya melakukan pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Selepas melakukan biopsi, mamogram dan ultrasound, akhirnya saya telah disahkan menghidap kanser payu dara stage 3b dan telah merebak ke hati dan tulang”, jelasnya.

Pada mulanya susah untuk menerima kenyataan.

Tambahnya, pada waktu itu apa yang difikirkan hanyalah mengenai mati dan rawatan kimoterapi yang bakal dihadapinya.

“Mula-mula saya tak dapat terima kenyataan ini. Saya terfikir, kenapa saya yang kena? Lama kelamaan saya reda kerana saya tahu inilah ujian daripada Tuhan buat hambaNya yang terpilih.

“Anak-anak juga pada awalnya sukar untuk menerima. Namun, lama-kelamaan mereka banyak bagi dorongan kepada saya. Sememangnya mereka dan suamilah sumber kekuatan saya. Kebiasaannya, selepas saya menjalani rawatan kimoterapi, mereka pasti akan membawa saya bercuti, ujarnya.”

Ummi juga menjelaskan rawatan hospital adalah yang terbaik dibandingkan dengan rawatan-rawatan lain.

“Sebenarnya saya telah menghabiskan RM 15 ribu dengan mencuba pelbagai suplemen, tradisional dan sebagainya. Apa yang orang jual semua saya beli kerana ingin sembuh tapi tiada satu pun yang berhasil. Akhirnya hospital juga yang dituju. Jadi, seeloknya teruslah berkunjung ke hospital agar kanser itu tidak merebak.”

Cari support group supaya tidak keseorangan.

Ibu kepada 4 orang cahaya mata ini juga sempat berpesan kepada sesiapa yang didiagnos dengan penyakit kanser agar segera mencari support group.

Support group ini sangat membantu dengan memberi pelbagai nasihat, datang ke rumah dan tidak membiarkan kita keseorangan. Kini saya juga menjadi ahli dan sentiasa berkunjung ke rumah pesakit kanser. Alhamdulillah, ada yang dahulunya takut untuk menjalani rawatan terutamanya kimoterapi kini berasa lebih yakin selepas mendapat sokongan. Yang penting, kita kena sentiasa positif ,” katanya mengakhiri perbualan.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI

OR

Scroll to Top