Siti Nurhaliza bawa anak tengok Ejen Ali

Siti Nurhaliza bawa anak tengok Ejen Ali


syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Filem animasi tempatan, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) terus mencuri perhatian pelbagai lapisan masyarakat termasuk biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang meluangkan masa menonton bersama anak-anak tersayang.

Menerusi hantaran di platform TikTok miliknya, penyanyi itu berkongsi momen menonton EATM2 bersama Afwa dan Aafiyah, selain turut memuji kandungan dan mesej positif yang diketengahkan filem berkenaan.

“Bawa Afwa dan Aafiyah menonton Ejen Ali. #EjenAliTheMovie2. Bagi saya, filem Ejen Ali banyak mesej positif yang ditampilkan, mengajar anak kita mengenai disiplin, keberanian dan keyakinan diri.

“Ibu bapa bolehlah bawa seisi keluarga menonton bersama di musim cuti sekolah ini!” tulisnya.

Perkongsian Siti itu menerima ribuan tanda ‘suka’ daripada netizen, selain ramai menyokong pandangannya terhadap kekuatan jalan cerita dan nilai murni diserap dalam filem animasi berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top