Baru-baru ini, tular gambar memaparkan Biduanita Negara, Datuk Siti Nurhaliza menunaikan solat jemaah ketika menghadiri satu majlis berbuka puasa mengenakan jubah tanpa telekung mengundang persoalan ramai.
Perkara itu turut mendapat perhatian Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Kashim tampil menjawab mengenai perkara berkenaan.
BACA: Siti Nurhaliza Rujuk Doktor Pakar Untuk Pulihkan Suara
Menerusi perkongsian di Instagram, beliau menjawab pertanyaan orang ramai yang adakah solat penyanyi itu sah.
Menurut Dr Izhar, solat Siti adalah sah kerana telah menutup aurat meskipun hanya mengenakan pakaian labuh dan longgar kerana telekung bukan syarat sah solat.
“Ramai tanya saya adakah solat DS Siti ini sah? Jawapan saya, solat DS Siti sah.
“Beliau telah tutup aurat untuk solat. Telekung bukan syarat sah solat. Telekung hanya budaya bukan rukun atau syarat sah solat,” katanya.
Dr Izhar turut berkongsi mengenai hukum menutup dagu ketika solat merujuk kepada Imam al-Nawawi dalam kitab al-Majmu‘ dari mazhab Shafie.
“Wajah ialah antara tempat tumbuh rambut kepala hingga ke bawah dagu (yang nampak leher), dan dari telinga ke telinga,” kongsinya.






