Siti Saleha dilantik Profesor Adjung Universiti Taylor

Siti Saleha dilantik Profesor Adjung Universiti Taylor


syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon, Siti Saleha kini dilantik sebagai sebagai Profesor Adjung di Universiti Taylor berkuat kuasa September 2025 hingga Ogos 2027.

Saleha, 35, ketika dihubungi berkata, ini adalah tanggungjawab yang besar dan berharap dapat mencurah bakti kepada golongan pelajar khususnya pembelajaran seni persembahan.

“Walaupun saya belum pernah mempunyai pengalaman mengajar secara formal, saya percaya dengan semangat kerjasama dan sokongan daripada pihak universiti, kita boleh menjayakannya bersama.

“Saya benar-benar berharap dapat membantu pelajar bukan sahaja dalam pembelajaran seni persembahan, tetapi juga dalam membina keyakinan dan semangat untuk terus berkarya,” katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya, peranannya sebagai Profesor Adjung juga turut menyeluruh kepada beberapa skop lain antaranya merancang dan memperkukuh kurikulum agar kekal relevan dengan keperluan semasa industri kreatif.

“Saya juga berperanan membina jaringan antara universiti, industri, dan komuniti, bagi membuka lebih banyak ruang kolaborasi dan peluang pembelajaran sebenar untuk pelajar.

“Selain itu, saya turut memberi bimbingan dan nasihat kepada staf serta pelajar, khususnya dalam pembangunan penyelidikan dan projek seni yang berimpak.

“Saya berharap dapat menyumbang sesuatu yang bermakna kepada pelajar. Saya ingin melihat pelajar berani bereksperimen, berfikir secara kreatif, dan percaya pada potensi mereka sendiri.

“Selain itu, saya berharap peranan ini dapat membuka lebih banyak ruang kolaborasi antara akademia, industri dan komuniti seni supaya kita semua dapat berkembang bersama,” katanya.

Hari ini menjadi hari pertama Saleha melangkah sebagai pensyarah dan kegembiraan itu turut dikongsi suaminya, Joshua Fitton di Instagram Story.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top