Pelakon Siti Saleha kini dilantik sebagai sebagai Profesor Adjung bagi program Sarjana Muda Seni Persembahan di Universiti Taylor berkuat kuasa September 2025 hingga Ogos 2027.
Perlantikan tersebut turut diumumkan menerusi Instagram rasmi taylorsperformingarts serta mengalu-alukan kehadiran Siti Saleha
BACA: Netizen Dakwa Nampak Baby Bump, Siti Saleha Belum Sedia Kongsi
“Kami ingin mengalu-alukan pelakon Malaysia yang juga pemenang anugerah, Siti Saleha selaku profesor adjung kami!
“Berbekalkan pengalaman dalam industri televisyen dan perfileman, beliau bakal berkongsi pandangan dan menyuntik inspirasi untuk program Sarjana Muda Seni Persembahan kami.
“Selamat datang, Profesor Adjung Siti Saleha!” tulis hantaran berkenaan.
Sementara itu, diruangan komen Siti Saleha turut berbesar hati, bersyukur dan teruja untuk memulakan peranan berkenaan.

Terdahulu, Saleha dinobat Bintang Asia Terbaik – Malaysia pada Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024.
Siti Saleha menewaskan lima lagi pesaing termasuk barisan pelakon dari Korea Selatan, Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura