Siti Saleha kongsi wajah anak – “Indra ucapkan selamat berpuasa”

Siti Saleha kongsi wajah anak – “Indra ucapkan selamat berpuasa”

Siti Saleha kongsi wajah anak – “Indra ucapkan selamat berpuasa”


Pelakon Siti Saleha akhirnya berkongsi wajah anak sulungnya, Indra kepada peminat untuk dijadikan tontonan umum setelah sebulan selamat melahirkan.

Kongsi wajah anak

siti saleha Kongsi wajah anak

Melalui hantaran di Instagram, pemilik nama Siti Saleha Mohd Baharum, 36, memuat naik gambar sesi fotografi bersama anak dan suaminya. Dalam kapsyen, dia juga menyelitkan ucapan khas sempena sambutan Ramadan tahun ini.

“Assalamualaikum, Indra ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Tapi Indy tak puasa tau,” tulisnya ringkas.

Dalam pada itu, aktres berkenaan turut memperkenalkan nama panggilan anaknya, iaitu Indy.

Gambar yang dikongsi turut memaparkan suaminya, Joshua Fitton, berwajah baru iaitu berambut pendek.

Artikel lain: Siti Saleha bakal timang bayi lelaki, buat majlis ikut tema Jawa

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 Februari 2025, dan kelahiran cahaya mata pertama mereka disambut pada 13 Januari lalu.

Sumber: Instagram sallywho





Source link

OR

Scroll to Top