Skuad hoki B-18 mara ke separuh akhir Piala Asia

Skuad hoki B-18 mara ke separuh akhir Piala Asia


Aksi pemain negara kita menentang China. – Foto Asian Hockey Federation

SKUAD hoki lelaki bawah 18 tahun negara mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Asia B-18 2026 selepas menewaskan China 3-0 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Kakamigahara, Jepun hari ini.

Perlawanan bermula seimbang apabila kedua-dua pasukan buntu mencari jaringan pada babak pertama meskipun saling mengatur serangan.

Bersambung separuh masa kedua, Malaysia yang dikendalikan Mohd Harfizi Baharom mula menguasai permainan sebelum akhirnya membuka tirai jaringan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Dheeressh Gunaseelan pada minit ke-41.

Momentum terus memihak negara apabila Ahmad Idham Fikri Mohd Rizal menggandakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi jaringan padang untuk meletakkan Malaysia selesa di depan.

China cuba bangkit mencari gol, namun benteng pertahanan negara kekal kebal mengekang setiap asakan lawan.

Harieq Hadief Mohd Fariq kemudian memastikan kemenangan bergaya apabila menyempurnakan satu lagi pukulan sudut penalti pada minit ke-57 untuk melengkapkan kemenangan 3-0.

Kemenangan itu membolehkan Malaysia mara ke separuh akhir selaku dua pasukan terbaik Kumpulan B, sekali gus menghidupkan peluang memburu pentas final.

Malaysia kini menanti sama ada India atau Korea Selatan sebagai lawan di separuh akhir.



Source link

OR

Scroll to Top