Skuad kabadi sasar dua emas di Thailand 2025

Skuad kabadi sasar dua emas di Thailand 2025


Nazmizan (lima dari kiri, tengah) bersama skuad kabaddi negara ketika membuat lawatan ke pusat latihan atlet Temasya Sukan SEA Thailand 2025 di Institut Sukan Negara pada Jumaat. Foto: Bernama

SKUAD kabadi negara menyasarkan untuk membawa pulang dua pingat emas pada Sukan SEA 2025 di Thailand, bulan depan.

Ketua jurulatih skuad kabadi negara M Palaniandy menyandarkan harapan anak buahnya meraih emas acara three stars lelaki dan wanita bagi sukan yang pertama kali dipertandingkan pada temasya sukan dwitahunan itu.

Palaniandy berkata, persiapan rapi bermula sejak April termasuk menjalani latihan selama 40 hari di dua lokasi di India iaitu Puducherry dan Haryana baru-baru ini.

“Pasukan kita banyak mendalami ilmu serta kemahiran diperlukan termasuk terlibat dengan 35 perlawanan sepanjang berada di situ.

“Pemain sudah bersedia, fizikal mereka juga sangat baik dan saya berharap semua menjaga diri dan mengelak daripada mengalami sebarang kecederaan menjelang Sukan SEA 2025,” katanya.

Palaniandy berkata demikian selepas menerima kunjungan Timbalan Ketua Kontinjen Sukan SEA 2025 Nazmizan Muhammad di sini pada Jumaat.

Palaniandy pada masa sama mengingatkan pasukannya untuk berwaspada dengan kelibat tuan rumah yang mampu menggugat peluang mereka merangkul emas kali ini.

Sukan SEA Thailand 2025 dijadualkan berlangsung melibatkan tiga wilayah iaitu Bangkok, Chonburi dan Songkhla dari 9 hingga 20 Disember. – Bernama

Ringkasan AI

  • SKUAD kabadi negara menyasarkan untuk membawa pulang dua pingat emas pada Sukan SEA 2025 di Thailand
  • Ketua jurulatih M Palaniandy harapkan kemenangan dalam acara three stars lelaki dan wanita
  • Persiapan rapi skuad kabadi sejak April, termasuk latihan di India selama 40 hari
  • Pasukan telah berlatih dan bertanding dalam 35 perlawanan semasa di India
  • Pasukan perlu berwaspada terhadap tuan rumah Thailand yang berpotensi menggugat peluang mereka meraih emas



Source link

OR

Scroll to Top