Skuad negara diundi dalam Kumpulan A Piala Mandiri B-23 ASEAN 2025

Skuad negara diundi dalam Kumpulan A Piala Mandiri B-23 ASEAN 2025


Skuad Harimau Malaya B-23 diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah Indonesia, Filipina dan Brunei bagi Piala Mandiri B-23 ASEAN 2025. Foto FAM

SKUAD Harimau Malaya Bawah 23 Tahun (B-23) kendalian Nafuzi Zain diundi dalam Kumpulan A bersama tuan rumah Indonesia, Filipina dan Brunei bagi saingan Piala Mandiri B-23 ASEAN 2025 di Jakarta, dari 15 hingga 29 Julai ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Malaysia akan memulakan kempen menentang Filipina pada 15 Julai, diikuti perlawanan menentang Brunei pada 18 Julai sebelum melengkapkan aksi kumpulan berdepan Indonesia pada 21 Julai.

Kesemua perlawanan Kumpulan A dijadual berlangsung di Gelora Bung Karno, Jakarta.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir yang dijadual pada 25 Julai, manakala perlawanan penentuan tempat ketiga serta final akan berlangsung pada 29 Julai. – Bernama



Source link

OR

Scroll to Top