Skuad ragbi B-17 SSMP galas cabaran negara di Thailand

Skuad ragbi B-17 SSMP galas cabaran negara di Thailand


Pasukan Malaysia dijadualkan turun beraksi menentang Laos pada 7 April sebelum menutup kempen dengan perlawanan menentang tuan rumah Thailand pada 10 April 2026.

SKUAD Ragbi Bawah 17 Tahun Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) membawa cabaran negara ke Kejohanan Piala Presiden Bawah 17 Tahun anjuran Thailand Rugby Union.

Kejohanan yang dijadualkan berlangsung dari 4 hingga 10 April 2026 di Stadium Royal Thai Air Force, Bangkok, Thailand itu menyaksikan penyertaan tiga negara iaitu Thailand selaku tuan rumah, Malaysia dan Laos.

Skuad kendalian jurulatih Yusli Ashan dan Mohd Nasrul Hakim ini mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya menyertai kejohanan antarabangsa bagi format 15 sebelah. Penyertaan ini dilihat sebagai satu langkah penting dalam pembangunan bakat muda ragbi negara di peringkat antarabangsa.

Kejohanan ini akan membuka tirai dengan perlawanan antara Thailand dan Laos pada 4 April 2026. Pasukan Malaysia dijadualkan turun beraksi menentang Laos pada 7 April sebelum menutup kempen dengan perlawanan menentang tuan rumah Thailand pada 10 April 2026.

Seramai 26 pemain telah dipilih bagi menggalas cabaran negara dalam kejohanan ini. Pihak kejurulatihan menzahirkan harapan agar kesemua pemain dapat mempamerkan prestasi terbaik serta mencapai keputusan yang positif sepanjang kejohanan berlangsung.

Penyertaan ini bukan sahaja menjadi medan pendedahan antarabangsa kepada pemain muda, malah diharapkan mampu memperkukuh lagi pembangunan sukan ragbi di Malaysia.



Source link

OR

Scroll to Top