SME Venture@ASEAN 2025 catat potensi jualan RM520 juta

SME Venture@ASEAN 2025 catat potensi jualan RM520 juta


Kuala Lumpur: SME Venture@ASEAN 2025 yang menjadi acara perdagangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ASEAN Terbesar 2025 diiktiraf ASEAN Records, melabuhkan tirainya semalam dengan pencapaian membanggakan yang merekodkan potensi jualan bernilai RM520 juta.

Acara anjuran SME Corp Malaysia itu berjaya menarik 13,850 pengunjung ke Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, sepanjang tiga hari penganjurannya.

Potensi jualan acara itu diperoleh daripada 424 sesi padanan perniagaan, GoASEAN Biz Match. Selain potensi jualan, sebanyak 19 PKS tempatan turut berjaya memperoleh sejumlah RM70 juta dalam pembiayaan dan pelaburan.

Pembiayaan ini diraih melalui sesi pembentangan dana, Pitch2Go membabitkan firma ekuiti swasta, penyedia modal teroka dan platform pembiayaan peer-to-peer.

SME Venture@ASEAN 2025 diadakan bersempena Kepengerusian ASEAN Malaysia, menampilkan keupayaan dan inovasi PKS Malaysia dan serantau dengan tema Bringing ASEAN Closer to You.

Acara ini mengiktiraf kepentingan PKS sebagai tunjang ekonomi rantau.

Seramai 370 pempamer tempatan dan antarabangsa daripada sektor berimpak tinggi serta produk pengguna, berpeluang mempamerkan produk berinovatif dan perkhidmatan mereka.

Daripada jumlah itu, 62 pempamer antarabangsa dari negara ASEAN, Jepun, India, Jerman, Oman dan Taiwan.

Dalam sesi padanan perniagaan GoASEAN Biz Match, seramai 364 PKS dan 60 pembeli mengambil baha gian.

Pembeli terkemuka termasuk syarikat tempatan seperti Mydin Mohamed Holdings, Aeon Co (M) Berhad dan UDA Holdings (Mari Mart dan KIRANA) serta pembeli antarabangsa antaranya Autel Robotics dari China; Jiuhua Century Investment Limited (Hong Kong); PLUS Exploration Co Ltd (Thai- land); Karl Group Holdings Co- rporation (Filipina); Dare Company Limited (Myanmar) dan Wot-Natural Khmer Moringa (Kemboja).

Komited perluas pasaran PKS Terdahulu, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, berkata kementerian itu komited untuk memperluaskan lagi pasaran PKS.

“Dengan fokus jelas di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk meningkatkan penskalaan PKS, kami bermatlamat memacu pertumbuhan jangka panjang, meningkatkan daya saing dan memastikan kemampanan.

“Kami yakin peluasan akses pasaran adalah penting untuk meningkatkan PKS dan meletakkan mereka sebagai pemain yang kompetitif pada peringkat global,” katanya.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia dan Pengerusi Penganjuran SME Venture@ASEAN 2025, Rizal Nainy dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, TEKUN Nasional, Datuk Adam Abdul Ghani.

Orang ramai mengunjungi ruang pameran pada SME Venture@ASEAN 2025.

Sementara itu, Rizal berkata, acara itu mencapai matlamatnya menghubungkan usahawan, mempromosi inovasi dan mengukuhkan kerjasama ASEAN.

Beliau berkata, nilai potensi jualan kukuh menggambarkan kesediaan Malaysia untuk menerajui usaha serantau dalam memacu pertumbuhan PKS di bawah Kepengerusian ASEAN.

Acara ini turut menganjurkan dua forum utama, iaitu Forum ESG dengan kerjasama Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) dan Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) dan Forum PKS ASEAN yang dianjurkan bersama Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA).

Hampir 500 peserta mengambil bahagian dalam kedua-dua forum berlangsung pada 16 dan 17 Oktober lalu.

Penyampaian Anugerah SME Venture@ASEAN 2025 turut diadakan, mengiktiraf PKS yang menunjukkan pencapaian mengagumkan dalam prestasi perniagaan dan pertumbuhan eksport.

Khairul Dzaimee (tiga dari kanan) bersama pemenang Anugerah SME Venture@ASEAN 2025.

Yang turut hadir, Rizal Nainy (tiga dari kiri) serta Adam Abdul Ghani (dua dari kanan).

Orang ramai mengunjungi ruang pameran pada SME Venture@ASEAN 2025.

Dalam majlis itu, Anugerah PKS Cemerlang dimenangi Ventura IOT Sdn Bhd, manakala CG Global Profastex Manufacturing Sdn Bhd membawa pulang Anugerah PKS Wanita Cemerlang.

Anugerah PKS Belia Cemerlang pula dimenangi syarikat Rodrell Sdn Bhd.

Kemeriahan sambutan diakhiri dengan cabutan bertuah, apabila pelawat paling bertuah berjaya membawa pulang hadiah utama, sebuah PeroduaAruz1.5 AV.

Acara ini disokong rakan strategik termasuk Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Tourism Malaysia, Media Prima Omnia, Malaysia Airlines dan Firefly, Pos Malaysia, TikTok Shop, Bubbles O2 serta penaja PERODUA dan Toshiba Tec.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top