SMK Darul Ehsan tekad cipta kejutan

SMK Darul Ehsan tekad cipta kejutan


SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Darul Ehsan menjanjikan permainan berkualiti apabila berdepan juara berganda SMK Shah Alam dalam aksi pembuka tirai Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 15 (B-15) merebut Piala Sumbangsih pada Isnin.

Malah pengendali skuad B-15 SMK Darul Ehsan, Norazam Jamaludin, mengakui teruja berdepan anak buah Osmera Omaro

berkenaan dalam perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Mini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) SMK USJ 23 Subang Jaya.

“Alhamdulillah, syukur SMK Darul Ehsan terpilih menentang juara bertahan juga pasukan pilihan SMK Shah Alam dalam perlawanan Piala Sumbangsih.

“Kami pastinya dilabel pasukan underdog dalam perlawanan ini, namun itu bukan satu tekanan kepada pemain-pemain.

“Sebaliknya, pemain-pemain teruja untuk menampilkan permainan berkualiti masing-masing berdasarkan persiapan rapi selama ini,” katanya kepada Sukan Sinar.

Sebagai rekod, SMK Shah Alam muncul juara Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 2023 selepas menewaskan SMK Meru, 3-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya.

Sebelum itu, SMK Shah Alam juga merupakan juara Piala Sumbangsih selepas menewaskan SMK Dato’ Harun, Tanjung Karang, 1-0.

Sementara itu, edisi 2023, SMK Darul Ehsan muncul pasukan ketiga terbaik selepas menewaskan SMK Sultan Abdul Samad, 2-0 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga keempat.

Cabaran ke final SMK Darul Ehsan sebelum itu tidak kesampaian apabila tewas 1-2

kepada SMK Shah Alam dalam perlawanan separuh akhir.

Mengulas lanjut, Norazam juga menegaskan pasukan berpangkalan di Batu Caves dalam seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Gombak itu

memburu keputusan positf sebagai hadiah istimewa kepada Pengetua SMK Darul Ehsan, Zarina Mahmood.

“Kami juga bertekad mengejutkan juara berganda SMK Shah Alam sebagai hadiah persaraan Pengetua Cemerlang, Zarina Mahmood yang telah banyak berjasa kepada kemajuan pasukan bola sepak sekolah.

“Segala persiapan telah kami lakukan, saya dan barisan kejurulatihan mengharapkan pemain-pemain pemain akan memberikan 100 peratus komitmen atas padang seterusnya memastikan pasukan membawa pulang keputusan positif, Insya-ALLAH,” katanya.

SMK Darul Ehsan diundi dalam Kumpulan A bersama SMK Shah Alam, SMK Taman Dato’ Harun dan SMK Jalan 3 untuk pusingan 32.

Sebagai rekod, kejuaraan edisi 2024 dibarakan dengan penajaan daripada Kumpulan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) manakala Sinar Harian sebagai media rasmi.

Kejuaraan kali ini akan menyaksikan sebanyak 32 pasukan terbaik setiap daerah di Selangor berentap bermula dengan peringkat kumpulan dengan semua pasukan dibahagikan kepada lapan kumpulan, setiap satunya terdiri daripada empat pasukan.

Juara dan naib juara setiap kumpulan akan layak ke pusingan kedua diikuti dengan suku akhir, separuh akhir dan akhir.



Source link

OR

Scroll to Top