Sofeashra Kongsi ‘Remedy’ Terbaik Ketika Kulit Bermasalah, Hijabi Pasti Tak Hilang Keyakinan Diri! – Hijabista

Fesyen berputar bagaikan roda dan bersilih ganti. Fesyen vest terdahulu popular pada tahun 80-an dan 90-an dan kini ia kembali dengan transformasi baru yang lebih funky dan moden! 

Seiring perkembangan zaman, ada banyak inovasi vest yang semakin stylish. Sweater vest menjadi salah satu item fesyen dan menjadi trend tahun 2023. Item fesyen ini menjadi pilihan ramai dan membantu membuat OOTD hijabi lebih bergaya dan sangat moden! 

Sweater vest sering dijadikan sebagai outwear dan mudah untuk di-mix and match dengan item fesyen apa-apa sahaja, daripada baju dan turtleneck hingga lengan puff. Buat para hijabi, jangan lupa untuk mix and match kan juga dengan warna tudung anda. Berikut Hijabista senaraikan beberapa inspirasi OOTD vest yang trendy untuk hijabi sekalian ikuti!

#1 Knitted Vest.

Ingin Tampil Lebih Stylish Dan Fashionable? Ini 7 Inspirasi OOTD Vest Buat Hijabi

Vest sangat sinonim dengan gaya preppy klasik. Jadi, untuk memberikan kesan vintage, hijabi boleh cuba memakai knitted vest. Knitted vest diperbuat daripada helaian benang yang dibentuk menjadi bentuk jaket. Jenis benang yang biasa digunakan dalam membuat knitted vest untuk wanita ialah kapas, soft cotton, dan spandeks.

Hijabi boleh cuba padankan knitted vest bersama bahagian dalam blouse berlengan puff dan juga pleated skirt yang sesuai. Jangan lupa untuk lengkapkan OOTD anda dengan tudung bawal dengan warna yang sedondon!

#2 Cute Pattern Vest.

Ingin Tampil Lebih Stylish Dan Fashionable? Ini 7 Inspirasi OOTD Vest Buat HijabiIngin Tampil Lebih Stylish Dan Fashionable? Ini 7 Inspirasi OOTD Vest Buat Hijabi

Buat hijabi yang ingin terlihat ‘cute’, anda boleh memilih vest yang mempunyai motif yang menarik serta berwarna pastel. Sebagai contoh, anda boleh memilih vest yang bercorak awan biru muda serta sesuaikan dengan kemeja putih dan kulot.

Untuk tampak lebih kemas, jangan lupa memilih hijab pashmina yang warnanya senada dengan vest anda. Imej yang ‘cute’ ini sangat bersesuai buat hijabi yang masih lagi sedang belajar dan ingin pergi ke kelas. 

#3 Zipper Vest.

Ingin Tampil Lebih Stylish Dan Fashionable? Ini 7 Inspirasi OOTD Vest Buat HijabiIngin Tampil Lebih Stylish Dan Fashionable? Ini 7 Inspirasi OOTD Vest Buat Hijabi

Jika anda bosan dengan rekaan vest yang sama, anda boleh cuba mix and match vest dengan perincian berzip di bahagian hadapan. Ianya sangat bersesuaian buat OOTD hijabi ke tempat kerja. Jangan lupa untuk padankan dengan kombinasi warna lembut, seperti coklat muda, krim dan putih. Lengkapkan penampilan ‘minimalis’ ini dengan warna hijab yang bersesuaian.

#4 Long Blazer Vest.

Ingin Tampil Lebih Stylish Dan Fashionable? Ini 7 Inspirasi OOTD Vest Buat HijabiIngin Tampil Lebih Stylish Dan Fashionable? Ini 7 Inspirasi OOTD Vest Buat Hijabi

Kalau pilihan diatas semuanya adalah vest pendek, pilihan kali ini ialah vest panjang. Vest panjang sangat sesuai buat hijabi. Gayanya longgar dan biasanya mencecah pertengahan paha. Jadi ia boleh menutup lekuk badan hijabi dengan sempurna.

Jika anda mempunyai koleksi jaket panjang dalam almari pakaian, jangan dibiarkan begitu saja! Dengan kombinasi yang betul, gaya ‘klasik’ ini boleh kelihatan moden. Padankan vest dengan turtleneck dan kulot berwarna coklat. Selepas itu, padankan dengan pashmina inner instant yang diikat di belakang leher; pasti membuatkan OOTD anda terlihat sempoi dan stailo!

#5 Quilted Crop Vest.

Ingin Tampil Lebih Stylish Dan Fashionable? Ini 7 Inspirasi OOTD Vest Buat HijabiIngin Tampil Lebih Stylish Dan Fashionable? Ini 7 Inspirasi OOTD Vest Buat Hijabi

Untuk menjadikan stail vest OOTD anda kelihatan sedikit berbeza, cuba pilih vest dengan butiran unik, seperti ‘quilted’. Namun anda perlu berhati-hati, pastikan mix and matchnya bersesuaian supaya tidak terasa “bulky” atau “berat”.

Sebagai contoh, anda boleh padankan quilted crop vest dengan baju bermotif ‘stripes’ dan skirt panjang. Untuk menjadikannya lebih stylish, pilihlah warna monokromatik daripada tudung, pakaian hingga aksesori yang digunakan.

#6 Deconstructed Vest.

Ingin Tampil Lebih Stylish Dan Fashionable? Ini 7 Inspirasi OOTD Vest Buat HijabiIngin Tampil Lebih Stylish Dan Fashionable? Ini 7 Inspirasi OOTD Vest Buat Hijabi

Buat hijabi yang ingin mencuba sesuatu yang bukan ‘basic’, anda boleh lah mencuba deconstructed vest ini. Outerwear dengan potongan yang deconstructed atau tidak simetri seperti ini mencipta rupa yang berbeza dari biasanya. Ini membantu anda terlihat sangat trendy, ‘anti-boring’ sekaligus street style.

Pemilihan seluar pula terpulang kepada warna vest yang anda pilih, jika anda memilih vest dengan warna plain, anda boleh padankan dengan seluar yang mempunyai corak atau bergaris. Disebabkan seluar tersebut sudah cukup memberi ‘statement’, anda hanya perlu mengenakan hijab bercorak ‘plain’. 

#7 Lace Vest.

Ingin Tampil Lebih Stylish Dan Fashionable? Ini 7 Inspirasi OOTD Vest Buat HijabiIngin Tampil Lebih Stylish Dan Fashionable? Ini 7 Inspirasi OOTD Vest Buat Hijabi

Material vest juga tidak semestinya dibuat dari knit, anda juga boleh mencuba vest daripada brocade atau lace sebagai pilihan OOTD. Anda boleh cuba padankan dengan kemeja putih dan seluar bercorak untuk mendapatkan elemen ‘street-wear’.

Akhir sekali, padankan dengan tudung segi empat tepat dengan sedikit corak minimalis yang diikat simpul di bahagian leher. Pasti comel!

ARTIKEL BERKAITAN: Modest Fesyen, Sederhana Dan Menarik. Petua Ini Dapat Bantu Anda Dengan Pembelian Lumayan Di Atas Talian

Sumber: All Things Hair

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

OR

Scroll to Top