Sofyank teruja 'shooting' bersama Tom Cruise

Sofyank teruja 'shooting' bersama Tom Cruise


Kuala Lumpur: Pereka kandungan digital Sofyank, 29, teruja menjayakan projek bersama aktor popular Hollywood, Tom Cruise dalam sebuah projek hari ini.

Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdullah berkongsi khabar gembira itu selepas selamat tiba di Jepun bagi menjalani penggambaran besar itu.

“Bismillah, alhamdulillah selamat mendarat di Tokyo bersama dengan @mshaffuan. Insya Allah esok (hari ini) kalau tiada halangan, saya akan shoot satu video kesan-kesan khas (VFX) bersama dengan Tom Cruise,” kongsinya.

Sofyank mengakui sangat gementar menunggu waktu pelaksanaan video bersama pelakon itu.

“Buat masa sekarang, perasaan memang sangat ‘nervous’ menunggu detik untuk ‘shooting’ esok. Walaupun dah buat persiapan awal-awal, tapi masih lagi risau untuk sesi esok

“Di kesempatan ini, kalau tak keberatan saya nak minta dengan semua doakan proses ‘shooting’ esok berjalan lancar. Insya Allah saya akan ‘keep update’ perjalanan kami di sini,” katanya.

Terdahulu Sofyabk menimbulkan tanda tanya ramai selepas memuat naik video ‘teaser’ terbaharunya di media sosial.

Dalam video berdurasi beberapa saat itu, memaparkan dia berdiri di hadapan wajah seorang lelaki misteri mirip Tom Cruise dengan tertera tulisan ‘tiga tugasan’.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top