Solat Nabi sebelum diwajibkan solat lima waktu

Solat Nabi sebelum diwajibkan solat lima waktu


– Advertisement –

Soalan:

Saya ingin tahu sebelum solat lima waktu apakah solat yang dilakukan oleh Nabi Muhamad?

– Advertisement –

Jawapan:

Bermula solat fardu lima waktu itu diwajibkan pada malam berlakunya persitiwa Israk dan Mikraj.

Dan solat yang dikerjakan oleh Nabi sollallahu alaihi wasallam sebelum diwajibkan solat lima waktu ada berlaku perbedaan pendapat ulamak padanya.

Sebahagian ulamak berkata solat tersebut ialah dua rakaat pada awal pagi dan dua rakaat pada akhir petang.

Berkata Imam Ibnu Rajab:

والأحاديث الدالة على أن النبي . كان يصلي بمكة قبل الإسراء كثيرة، لكنْ قد قيل: إنه كان قد فُرض عليه ركعتان في أول النهار، وركعتان في آخره فقط، ثم افْتُرضت عليه الصلوات الخمس ليلة الإسراء. قاله مقاتل وغيره

Ertinya: “Dan banyak hadis-hadis menunjukkan atas bahawa Nabi sollallahu alaihi wasallam adalah baginda mengerjakan solat di Mekah sebelum Israk akan tetapi sunggguh telah dikatakan adalah difardukan atas Nabi dua rakaat pada awal hari dan dua rakaat pada akhir hari kemudian difardukan atasnya segala sembahyang lima waktu pada malam Israk. Telah berkata akan ini oleh Muqatil dan lainnya.” (Kitab Fathul Baari)

Dan sebahagian ulamak berkata solat yang dikerjakan oleh Nabi sollallahu alaihi wasallam sebelum Israk ialah solat malam yang bukan wajib dan pendapat yang lain mengatakan solat malam yang wajib.

Berkata Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar:

ذَهَبَ جَمَاعَة إِلَى أَنَّهُ لَمْ يَكُنْ قَبْل الإِسْرَاء صَلاة مَفْرُوضَة إِلاَّ مَا كَانَ وَقَعَ الأَمْر بِهِ مِنْ صَلاة اللَّيْل مِنْ غَيْر تَحْدِيد، وَذَهَبَ الْحَرْبِيُّ إِلَى أَنَّ الصَّلاة كَانَتْ مَفْرُوضَة رَكْعَتَيْنِ بِالْغَدَاةِ وَرَكْعَتَيْنِ بِالْعَشِيِّ، وَذَكَرَ الشَّافِعِيّ عَنْ بَعْض أَهْل الْعِلْم أَنَّ صَلاة اللَّيْل كَانَتْ مَفْرُوضَة ثُمَّ نُسِخَتْ بِقَوْلِهِ تَعَالَى فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْهُ. فَصَارَ الْفَرْض قِيَام بَعْض اللَّيْل، ثُمَّ نُسِخَ ذَلِكَ بِالصَّلَوَاتِ الْخَمْس .

Ertinya: “Telah berjalan oleh satu kumpulan dari ulamak kepada bahawasanya sebelum Israk tidak ada solat yang difardukan melainkan hanya yang berlaku ada solat malam yang tidak diwajibkan. Dan berjalan oleh Al-Harbi kepada bahawa solat itu adalah solat wajib dua rakaat pada waktu pagi dan dua rakaat pada waktu petang. Dan telah menyebut oleh Imam Syafie daripada sebahagian ulamak bahawasanya solat malam itu difardukan kemudian di nasakh (dibatalkan) dengan firman Allah: Maka bacalah apa yang mudah daripadanya. Maka jadilah ia fardu solat pada sebahagian malam kemudian dinasakh akan yang demikian itu dengan solat fardu lima waktu.” (Kitab Fathul Bari Syarah Sahih Al-Bukhari)

Wallahua’lam. – HARAKAHDAILY 7/2/2025



Source link

OR

Scroll to Top