Mempesona, solekan Nabila Razali yang mendapat sentuhan MUA Indonesia dipuji, ini caranya nak cipta Angelic Makeup Look yang tengah trending sekarang.
Nabila Razali tampil anggun ke majlis resepsi perkahwinan Luna Maya di Bali, Indonesia. Selain mengenakan kebaya hitam dengan selendang dan kain batik karya Zaimi Zulkafli, kecantikan wajahnya menyerlah hasil riasan magis MUA Indonesia, Tyas Sofya.
Penyanyi dan pelakon terkenal yang baru saja melahirkan anak pertama itu hadir ke Bali bersama suami tercinta, Nik Iruwan Nik Izani. Paling mempesona tentulah tengok hasil solekan pelantun lagu ‘Pematah Hati’ yang bertemakan Angelic Makeup Look.
Solekan Angelic Look merupakan trend TikTok yang kini semakin menjadi bualan ramai. Ia merupakan gabungan daripada beberapa trend terdahulu dengan sedikit sentuhan baru.
Bayangkan kulit yang bercahaya, pipi yang berona kemerahan dan kilauan glitter yang menari-nari di kelopak mata. Solekan ini bukan hanya tampak angelic tetapi juga memancarkan aura romantis dan feminin yang memikat.
Memancarkan kulit bersih dan segar, dengan tambahan sedikit glitter, solekan ini memberi kesan keanggunan yang natural dan muda remaja.




Menurut jurusolek selebriti Cara Lovello, “Kulit angelic adalah apa yang sering kita lihat dalam estetika clean girl, tetapi lebih lembut ditambah sedikit kilauan seperti dikucup cahaya.”
Judi Gabbay pula menambah, “Ia dewy, berona kemerahan dan sedikit berkilau. Saya suka bagaimana penampilan ini memberi sentuhan romantik, bercahaya dan tampak muda.”
Langkah Demi Langkah Solekan Angelic
Sis berminat untuk mencuba solekan angelic yang memukau ini? Ikuti tutorial mudah ini untuk mendapatkan penampilan seperti Nabila Razali.
Langkah Pertama: Asas Skincare
Langkah pertama yang penting adalah asas skincare yang tepat. Menggunakan produk penjagaan kulit yang memberikan kilauan semula jadi adalah keutamaan utama.
Menurut jurusolek selebriti Allison Kaye, “Kulit yang bersinar dan penggunaan produk glow akan menjadikan wajah tampak segar dan muda.” Ia juga mencipta penampilan solekan yang lebih lembut, yang menonjolkan kecantikan semula jadi.
Langkah Kedua: Foundation Ringan dengan Luminizer
Pilih foundation ringan yang diperkaya dengan luminizer untuk memberikan efek bersinar. Oleskan foundation ke seluruh wajah dan ratakan menggunakan span lembap untuk menambah kilauan.
Jika perlukan lebih litupan, boleh gunakan concealer pada kawasan yang perlu seperti bawah mata. Lovello mengesyorkan untuk menggunakan concealer yang terang di bawah mata dan menariknya ke bawah untuk memberi kesan angelic yang lebih menyerlah.
Langkah Ketiga: Cream Blusher di Pipi & Bibir
Solekan angelic memerlukan sentuhan cream blusher di pipi dan bibir. Pilih warna merah jambu lembut yang memberikan rona kemerahan. Gabbay mengesyorkan olesan blusher tinggi di tulang pipi dan sedikit di tengah bibir untuk kesan yang lebih menyatu dan romantis.
Langkah Keempat: Kelopak Mata Berkilau
Untuk kelopak mata yang berkilau, pilihlah primer eyeshadow yang sesuai dan sapukan eyeshadow berkilau, sama ada dalam bentuk serbuk atau krim.
Pilih warna yang hampir sama dengan warna kulit anda untuk tampilan yang minimalis dan bersih atau pilih rona merah jambu untuk kesan princess glam. Gunakan jari atau berus bersih untuk memakainya.
Solekan angelic ini bukan sahaja memberi penampilan yang cantik dan bercahaya, tetapi ia juga memancarkan aura keanggunan dan kelembutan yang sangat sesuai untuk setiap wanita.
Jangan takut untuk berani mencuba, kerana solekan ini memberikan kebebasan untuk menyerlahkan sisi feminin anda dengan cara yang sangat natural namun elegan.
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/hukum-pakai-heels-6-trend-hijabista-yang-kini-menjadi-jadi-tapi-haram/
Download seeNI sekarang!


Hijabi nak ‘slim’ sebelum raya? Penat dah jadi gemuk dan tak dapat bergaya dgan baju raya cantiktik tapi hanya menawarkan saiz kecil? Haa.. Apa kata hijabi tiru cara penyanyi lagenda dari negara jiran ni! Katanya dah ‘sold out’ 23kg lemak tau.
Siapa tak kenal dengan penyanyi lagu Ada Apa Dengan Cinta yang suaranya banyak melatari ost filem-filem di Indonesia, Melly Goeslow.
Melly kini telah tampil lebih kurus dari sebelumnya dan mendedahkan kepada media bahawa dia telah berjaya kehilangan sebanyak 23 kilogram berat setah menjalani pembedahan Bariatrik.
Turun 23 Kilogram Dalam Masa 4 Bulan
View this post on Instagram
A post shared by Melly Goeslaw (@melly_goeslaw)
Menurut Melly pembedahan tersebut dilakukannya di Rumah Sakit Pondok Indah. Untuk mencegah obesiti dan mendapatkan tubuh badan ideal yang lebih sihat.
Kini, berat badan Melly berjaya dikurangkan sehingga 23 kilogram dalam jangkamasa empat bulan.
Artikel Berkaitan: Melly Goeslaw Jalani Pembedahan Bariatrik Atasi Masalah Obesiti
Jelas Melly lagi, terdapat beberapa perubahan pola pemakanan dan gaya hidup yang berubah setelah dia menjalani pembedahan itu.
“Berat badan sata sekarang adalah sekitar 64 kilogram dari 87 kilogram. Sudah empat bulan sejak saya menjalani pembedahan itu pada 15 Julai lalu. Semua seluar jeans milik saya sudah bersedia untuk dikecilkan,” kata Melly Goeslaw lapor Kompas.com.
Penat Dan Susah Untuk Diet
Melly menjelaskan, ada beberapa sebab yang membuatkan dirinya nekad untuk menjalani pembedahan Bariatrik ini, antaranya adalah kelelahan untuk terus disiplin mengambil supplement untuk melangsingkan badan.
“Sebenarnya saya dah terlampau penat untuk mengambil supplement diet. Bayangkan selama 12 tahun, berapa juta ubat yang telah masuk ke dalam badan saya. Itu belum lagi termasuk suntikan dan sebagainya,” ujar Melly.
Pelantun lagu ‘Denting’ itu juga mengakui agak sulit bagi dirinya untuk menjalani program diet, kerana dia tidak mampu untuk mengawal nafsu makan.
Sumber: Instagram Melly Goeslow
Artikel Berkaitan:‘Awas Ya, Sekarang Saya Sudah Kurus!’, Melly Goeslaw Dedah Menjadi Mangsa Diskriminasi Berbadan Gempal.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!


Amira Othman, salah seorang dari bekas bintang realiti Akademi Fantasi yang kini namanya semakin menyinar. Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Jaga-Jaga’ dan Mimpi Indah tampak cantik dan bebas jerawat, rahsianya amal makan oren dan minum 8 gelas air kosong sehari.
Pelakon utama I Love U Abang Bomba ini dilihat mempunyai kulit yang cantik tanpa ada sebarang masalah. Wanita cantik berasal dari Johor ini tidak lokek berkongsi rahsianya menjaga kecantikan wajah dan kekal menawan.
Kulit sihat tidak pakai solekan sembarangan
Kulit muka saya jenis yang sensitif dan mudah ditumbuhi jerawat. Jadi, saya mengambil langkah untuk tidak mengenakan sebarang solekan yang sembarangan. Saya hanya menggunakan label solekan Clinique atau produk berasaskan mineral atas saranan doktor.
Amalkan petua tradisional untuk perawatan wajah?
Saya hanya mengamalkan pengambilan buah-buahan. Tambahan lagi, buah oren kaya dengan vitamin C yang sangat baik untuk kesihatan kulit. Selain itu, saya cuba menghabiskan lapan gelas air kosong sehari.
Jenama produk penjagaan kulit yang Amira gunakan sekarang?
Memandangkan kulit saya sangat sensitif, saya cuma dibenarkan memakai Cetaphil sebagai pencuci dan penyegar manakala krim pelembap yang berasaskan mineral.
Produk suplemen kecantikan wajah yang digunakan?
Buat masa ini, saya mengamalkan Blackmores untuk penjagaan kulit dan menambah tenaga agar cergas sentiasa.
Artikel berkaitan: Walaupun Berhijab, Amira Othman Tetap Pentingkan Fesyen. Yang Penting Elegan & Sopan!
Jenis solekan pilihan Amira saat bercuti atau melancong?
Waktu senggang saya memang jarang bersolek, dan hanya bersolek pada waktu kerja sahaja. Jika keluar bersama teman-teman, selalunya saya hanya akan mengenakan pensel kening disebabkan memiliki kening yang tebal dan harus disikat dengan teliti.
Kekerapan Amira melakukan sesi rawatan wajah di spa?
Lazimnya, saya akan mengunjungi pusat perawatan kecantikan untuk urutan badan atau kepala saja. Memandangkan saya sering diserang migrain, jadi saya mengunjungi spa setiap dua minggu sekali.
Produk kecantikan yang wajib ada di dalam tas tangan?
Pemerah pipi, gincu dan pensel kening.
Definisi cantik buat Amira?
Pada saya, cantik ini sesuatu yang subjektif. Muslimah itu cantik apabila dia sentiasa menjaga setiap gerak-gerinya. Perlu berkeyakinan, pertuturan yang matang juga bijak, juga yang sentiasa menjaga imej diri.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari majalah HIJABISTA
Artikel berkaitan: “Dah Lama Nak Nyanyi Lagu ‘Air Tangan’ Faizal”- Teruja Duet Bersama, Impian Amira Jadi Realiti!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Amira Othman
Download seeNI sekarang!


Hampir dua bulan mendirikan rumah tangga, kecantikan penyanyi dan pelakon Nabila Razali terus diperkatakan. Terkini, perkongsian wanita berusia 32 tahun ini yang kerap memuat naik video di media sosial sekali lagi tular sekaligus menarik perhatian peminat untuk mengetahui amalan awet mudanya.
Ketika bertemu di satu majlis, penyanyi dan pelakon ini memberitahu rahsia kulitnya nampak ‘glowing’ dan anjal serta awet muda adalah dengan menggunakan petua tradisional.
Menurut Nabila, dia rajin mengamalkan pemakaian putih telur sebagai masker. Petua ini yang telah lama diamalkan dan dipercayai dari perkongsian orang lama.


Pengambilan putih telur yang diambil untuk dijadikan masker pada kulit dan kemudian dibiarkan selama 5 minit sebelum dibasuh bersih.
Setelah dicuci, akan terlihat hasilnya kulit menjadi lebih anjal, awet muda dan lebih berseri. Tambah Nabila lagi, biasanya dia akan amalkan masker putih telur ini tiga kali seminggu.
Selain itu bagi memastikan dirinya kekal sihat dan bertenaga, Nabila juga akan memastikan dirinya minum air masak secukupnya, sekurang-kurang 8 gelas sehari.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NABILA RAZALI
Download seeNI sekarang!