Soon Huat–Shevon kekal momentum positif di Glaz Arena, Cesson-Sévigné, Perancis. Foto: AGENSI
BEREGU badminton campuran negara, Goh Soon Huat–Shevon Lai meneruskan langkah cemerlang apabila mara ke suku akhir Terbuka Perancis Super 750 pada Khamis.
Soon Huat–Shevon mengesahkan kemaraan selepas menumpaskan wakil Scotland, Alexander Dunn–Julie MacPherson di Glaz Arena, Cesson-Sévigné.
Pasangan ranking kesembilan dunia itu mempamerkan aksi dominan sepanjang perlawanan untuk menamatkan saingan dalam masa hanya 27 minit dengan kemenangan 21-13, 21-10.
Keputusan positif berkenaan sekali gus melebarkan rekod kemenangan kedua ke atas gandingan ke-22 dunia tersebut dalam dua pertemuan.
Sebelum ini, Soon Huat–Shevon dipaksa bermain tiga set sebelum dapat melepasi pasangan Indonesia, Amri Syahnawi–Nita Violina Marwah, 15-21, 21-17, 21-17 dalam aksi hampir sejam bagi memastikan tiket ke pusingan kedua.
Ringkasan AI
- BEREGU badminton campuran negara, Goh Soon Huat–Shevon Lai mara ke suku akhir Terbuka Perancis Super 750
- Mengalahkan pasangan Scotland, Alexander Dunn–Julie MacPherson di Glaz Arena, Cesson-Sévigné
- Pasangan berperingkat kesembilan dunia itu menang dalam masa 27 minit dengan skor 21-13, 21-10
- Kemenangan ini menambah rekod kemenangan mereka ke atas gandingan ke-22 dunia tersebut dalam dua pertemuan
- Sebelum ini, Soon Huat–Shevon mengalahkan pasangan Indonesia, Amri Syahnawi–Nita Violina Marwah dalam tiga set untuk ke pusingan kedua