Southampton cipta kejutan

Southampton cipta kejutan


London: Southampton menjadi kelab pertama bukan dari Liga Perdana Inggeris (EPL) yang mara ke suku akhir Piala FA musim ini selepas menewaskan Fulham 1-0, sebentar tadi.

Kemenangan pasukan dari Liga Kejuaraan itu ditentukan menerusi sepakan penalti lewat yang disempurnakan pemain gantian, Ross Stewart.

Pengadil menghadiahkan penalti selepas Finn Azaz dijatuhkan oleh pertahanan Fulham, Joachim Andersen di dalam kotak penalti.

Southampton sebenarnya lebih berbahaya sepanjang perlawanan dengan Azaz hampir membuka jaringan lebih awal, namun percubaannya diselamatkan penjaga gol Fulham, Benjamin Lecomte yang sebelum itu turut menafikan peluang Tom Fellows.

Kemenangan itu menyaksikan Southampton menyertai empat pasukan gergasi yang sudah mengesahkan tempat ke suku akhir iaitu Arsenal, Manchester City, Chelsea dan Liverpool.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top