Skuad Speedy Tigers diundi dalam Kumpulan A Piala Asia 2025. FOTO: Malaysian Hockey Confederation
SKUAD hoki negara bakal menggalas misi penting pada Kejohanan Hoki Piala Asia 2025 apabila menentang Bangladesh dalam aksi pembukaan Kumpulan B di Rajgir, Bihar, India pada 29 Ogos ini.
Anak buah Sarjit Singh dijadualkan berdepan cabaran lebih getir sehari kemudian apabila turun menentang penyandang juara, Korea Selatan, sebelum melengkapkan saingan peringkat kumpulan bertemu Taiwan pada 1 September.
Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan Super Four yang turut menyaksikan tuan rumah, India, Jepun, China dan Kazakhstan diundi dalam Kumpulan A.
Sebagai rekod, juara Piala Asia 2025 akan memperoleh tiket automatik ke Piala Dunia 2026.
Malaysia tampil kurang konsisten sejak Mac lalu apabila hanya menamatkan saingan di tempat keempat Piala Sultan Azlan Shah, ketujuh Piala Negara-Negara di Poland, keenam Trofi Juara-Juara Asia di China dan keenam Piala Negara-Negara di Malaysia.
INFO
HOKI PIALA ASIA 2025
(Rajgir, Bihar, India 29 hingga 7 September)
KUMPULAN A
India (8)
Jepun (18)
China (23)
Kazakhstan (-)
KUMPULAN B
Korea Selatan (13)
Malaysia (12)
Bangladesh (29)
Taiwan (38)