Spritzer Air Love Cuti-Cuti, jom healing Malaysia

Spritzer Air Love Cuti-Cuti, jom healing Malaysia


KUALA LUMPUR: Dalam usaha menyemarakkan semangat Tahun Melawat Malaysia 2026, Spritzer memperkenalkan kempen pelancongan sihat bertemakan “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”.

Inisiatif ini menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia melancong dalam negara sambil menjaga kesihatan fizikal dan emosi selain menghargai keindahan alam dan warisan budaya. 

Majlis pelancaran rasmi berlangsung di C Space, Pasar Seni dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan.

Kempen ini mengetengahkan konsep healing yang bermaksud berehat, menyegarkan diri dan menenangkan fikiran melalui aktiviti pelancongan domestik yang menyentuh jiwa. 

Ini termasuk lawatan ke lokasi semula jadi, penerokaan budaya tempatan dan penglibatan dalam aktiviti luar yang sihat serta menenangkan.

Rancangan kembara dan pameran seni

Sebagai teras utama kempen ini, satu rancangan kembara enam episod berjudul “Jom Healing” akan disiarkan di platform Viu dari 27 Jun hingga 14 Julai 2025. 

Antara lokasi menarik yang ditampilkan termasuk air terjun tersembunyi, gua semula jadi, pulau tropika dan warung tradisional.

Turut terlibat pempengaruh seperti Adriana Adnan, Sean Lee dan Fakhrul Aizat yang bakal berkongsi pengalaman mereka mencari ketenangan dan inspirasi melalui pelancongan tempatan.

Sebagai pelengkap, pameran seni interaktif bertajuk “Tarian Bayang” akan diadakan di Pasar Seni dari 23 Jun hingga 22 Julai 2025. 

Pameran ini memanfaatkan botol plastik kitar semula untuk membentuk bayangan corak batik, mencipta suasana magis sambil menyampaikan mesej kelestarian dan kreativiti.

Menyasarkan golongan muda berumur 20 hingga 40 tahun yang gemar melancong, kempen ini juga berhasrat menarik minat pelancong antarabangsa yang menghargai pelancongan hijau dan pengalaman budaya tulen.

Sebagai pelengkap, Spritzer turut mengetengahkan dua produk utama iaitu Air Mineral Semula Jadi Spritzer, kaya dengan mineral seperti silika dan dibotolkan dalam pembungkusan bebas mikroplastik serta Spritzer Sparkling, air mineral berkarbonat tanpa gula dan kalori ideal untuk pengembaraan tropika.

Kedua-dua produk menggunakan botol boleh kitar semula sepenuhnya, seiring visi pembangunan lestari jenama itu melalui inisiatif Circular Brand 2030.

Simbolik “Air” sebagai cinta pada Malaysia

Bagi meneruskan kesinambungan inisiatif “Air Love Cuti-Cuti” yang diperkenalkan pada 2024, kempen ini turut menyemarakkan rasa cinta terhadap Malaysia melalui simbolik permainan kata antara “air” dan “I love”.

Dengan pelbagai pengisian bermakna, Spritzer komited menjadi teman pelancongan paling dipercayai rakyat Malaysia bukan sekadar untuk hidrasi malah sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dan kebanggaan terhadap negara.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman rasmi spritzer.com.my dan media sosial rasmi Spritzer.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top