SPRM lancar Bilik Gerakan PRK DUN Ayer Kuning

SPRM lancar Bilik Gerakan PRK DUN Ayer Kuning



am@hmetro.com.my

Tapah: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan bilik gerakan sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, hari ini.

Melalui satu kenyataan SPRM, berkata bilik gerakan berkenaan membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang PRK itu.

Bilik gerakan PRK DUN berkenaan beroperasi 24 jam mulai 12 April 2025 hingga 26 April 2025 itu akan ditempatkan di SPRM Negeri Perak, Plot 7, Persiaran Meru Utama, Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak.

Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada aduan.prk.N48@sprm.gov.my atau menghubungi talian 019-6002041, 01133209935, 05-5267000 (sambungan163).

Sehubungan dengan itu, SPRM juga mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top