SPRM, NCS China perkasa kerjasama banteras rasuah antarabangsa

SPRM, NCS China perkasa kerjasama banteras rasuah antarabangsa

SPRM, NCS China perkasa kerjasama banteras rasuah antarabangsa


mhafis@mediaprima.com.my

Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan National Commission of Supervision of the People’s Republic of China (NCS) senada memperkasakan kerjasama mempertingkatkan hubungan dan perkongsian strategik lebih menyeluruh dalam usaha membanteras rasuah di peringkat antarabangsa.

Perkara itu dinyatakan dalam satu mesyuarat dua hala sempena 14th Assembly of Parties (AoP) of the International Anti-Corruption Academy (IACA) di Vienna International Centre (VIC), Vienna Isnin lalu.

Delegasi SPRM diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, manakala delegasi China dipimpin Secretary and Deputy Dean, China Academy of Discipline Inspection and Supervision, LIU Shuo.

Azam berkata, kerjasama seperti ini memberi peluang untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan, memperkukuh kapasiti dan membangunkan pendekatan baharu yang lebih berkesan dalam membanteras rasuah di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, NCS turut menyatakan minat untuk mempelajari pengalaman SPRM dalam penyiasatan rasuah termasuk pendekatan baharu dalam pencegahan, pendidikan masyarakat dan pemulihan aset.

Pertemuan itu turut menyaksikan persetujuan bersama untuk meneroka peluang kerjasama di bawah inisiatif Belt and Road (BRI) termasuk memberi sokongan serta intervensi positif dalam mesyuarat antarabangsa berkaitan usaha membanteras rasuah.

Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datul Azmi Kamaruzaman dan Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM, Datuk Rasidah Abdul Karim.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top