SPRM Perlis tahan dua lelaki kemuka tuntutan palsu RM2.5 juta

SPRM Perlis tahan dua lelaki kemuka tuntutan palsu RM2.5 juta


KANGAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan dua pemilik syarikat kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan, penambahbaikan dan membaik pulih fasiliti sekolah di negeri ini.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 40 hingga 50-an itu ditahan kira-kira pukul 4 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri, di sini.

Katanya, suspek terlibat dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar tahun 2022 apabila mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan, penambahbaikan dan membaik pulih fasiliti sekolah.

“Tuntutan itu melibatkan peruntukan RM2.5 juta di lima buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di negeri ini melalui peruntukkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.

Dalam pada itu, sumber berkata, kedua-dua suspek juga pernah ditahan SPRM Selangor pada tahun 2023 dan telah dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan projek sama di negeri itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan kedua-dua suspek telah dilepaskan selepas keterangan diambil dengan jaminan sebanyak RM10,000 bersama seorang penjamin.-UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top