SPRM sita RM600,000 hasil geledah premis dikaitkan rasuah MBI Selangor

SPRM sita RM600,000 hasil geledah premis dikaitkan rasuah MBI Selangor


KUALA LUMPUR –  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menemukan wang tunai berjumlah RM600,000 selepas menggeledah sebuah premis yang dikaitkan dengan ahli politik berpengaruh.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tindakan itu dilakukan semalam bagi siasatan kes rasuah membabitkan Menteri Besar Selangor Pemerbadaan (MBI) berhubung skandal perlombongan pasir.

“Seperti mana kita umumkan semalam, ada enam premis telah digeledah SPRM dan antara penemuan adalah penyitaan wang sebanyak RM600,000 yang dipercayai kaitan dengan ahli politik yang ditemukan di Lembah Klang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Persidangan Meja Buat Ketua Pesuruhjaya SPRM bersama bank-bank komersial di ibu negara hari ini.

Ditanya sama ada kesemua premis yang digeledah itu dimiliki suspek, Azam mengesahkan, bukan semua kediaman atau premis itu milik suspek.

“Hampir semua itu (premis geledah) rumah bukan milik suspek  dan ada rumah sewa serta sebagainya,” jelas beliau.

Sejak 12 Oktober lalu, SPRM telah menggeledah sembilan buah premis dan rumah di sekitar Lembah Klang dengan penemuaan wang tunai hampir RM6 juta dipercayai terkait dengan kes rasuah MBI.

Pada masa sama, dua individu termasuk seorang bekas eksekutif kanan di MBI untuk siasatan kes rasuah konsesi perlombongan pasir telah ditahan bagi membantu siasatan dibawah  Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top