July 13, 2024

SPRM tahan pengarah disyaki buat tuntutan palsu kira-kira RM530,000

SPRM tahan pengarah disyaki buat tuntutan palsu kira-kira RM530,000


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur telah menahan seorang pengarah syarikat kerana disyaki mengemukakan dokumen tuntutan bayaran palsu sebanyak kira-kira RM527,375 sedangkan pembelian tidak pernah dibuat.

Sumber memberitahu, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an dipercayai ditahan kira-kira 3 petang semalam di sekitar Kuala Terengganu.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2016 dengan mengemukakan dokumen tuntutan pembayaran palsu iaitu resit dan penyata bank pembelian peralatan padi kepada sebuah agensi kerajaan untuk memperoleh geran berjumlah kira-kira RM530,000 sedangkan pembelian tidak pernah dibuat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, bagaimanapun suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangannya direkodkan. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top