Spurs £20,000 didenda akibat insiden pergaduhan

Spurs £20,000 didenda akibat insiden pergaduhan


London: Tottenham Hotspur didenda £20,000 (RM115,000) atas kelakuan pemain mereka semasa kemenangan 4-1 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas West Ham United, kata Persatuan Bolasepak England (FA).

Pemain dari kedua-dua pasukan, terbabit dalam pergaduhan apabila penjaring West Ham, Mohammed Kudus, hilang sabar pada akhir perlawanan.

Pemain sayap itu terlebih dahulu menolak pertahanan Micky van de Ven di muka sebelum melakukan perkara yang sama kepada Pape Matar Sarr.

Selepas insiden itu, pemain dari kedua-dua pasukan mengelilingi Kudus, dan pemain berusia 24 tahun itu pada mulanya diberi kad kuning sebelum Video Bantuan Pengadil (VAR) campur tangan dan kad itu ditukar kepada merah.

“Adalah didakwa bahawa kelab (Spurs) gagal memastikan pemain mereka tidak berkelakuan secara tidak wajar dan/atau provokatif sekitar minit ke-82,” kata FA.

Spurs mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan menerima hukuman berkenaan, tambah FA.

Lebih banyak hukuman mungkin akan dikenakan selepas West Ham dan Kudus juga didakwa oleh FA.

Jika didapati bersalah, pemain antarabangsa Ghana itu mungkin akan menghadapi hukuman tambahan di samping larangan tiga perlawanan yang akan dilaluinya akibat kelakuan ganas.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top