SRG.OG dalam kelas tersendiri

SRG.OG dalam kelas tersendiri


SRG.OG meraih gelaran hatrik MPL MY selepas menewaskan Homebois pada aksi Grand Final di Stadium Juara.

PASUKAN e-sukan Selangor Red Giants (SRG.OG) membuktikan dalam kelas tersendiri apabila melengkapkan hatrik selepas dinobatkan juara Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang Malaysia (MPLMY) musim ke-15 di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Ahad.

Kejayaan tersebut diraih selepas gandingan pemain yang terdiri daripada Kramm, Sekys, Stormie, Innocent dan Yums mengalahkan Homebois 4-0 dalam aksi Grand Finals di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Biarpun tewas, Homebois tetap mengiringi SRG.OG ke saingan pertengahan musim Piala Dunia Esukan di Riyadh, Arab Saudi bulan depan.

Ketua jurulatih SRG.OG, Michael Angelo Bocado berkata, pasukan telah melakukan persiapan yang sangat baik termasuk mengorbankan cuti Hari Raya Aidiladha minggu lalu.

“Saya gembira dengan prestasi pemain kerana ia adalah ganjaran terbaik di atas usaha keras mereka.

“Saya perlu memberi pujian kepada pemain-pemain dan staf kejurulatihan kerana terdapat cuti (Hari Raya Aidiladha) minggu lepas.

“Namun mereka memilih untuk mengorbankan masa cuti bagi memastikan kami dapat mencapai matlamat ini,” katanya.

Kemenangan tersebut menyaksikan SRG.OG terus mencipta sejarah dalam MPL dengan menjadi pasukan pertama yang memenangi tiga gelaran liga berturut-turut.



Source link

OR

Scroll to Top