Sri Lanka wajibkan kenaikan gaji minimum sektor swasta

Sri Lanka wajibkan kenaikan gaji minimum sektor swasta


Colombo: Jabatan Buruh Sri Lanka mengumumkan kenaikan gaji minimum bulanan nasional bagi sektor swasta daripada 27,000 rupee (RM353) kepada 30,000 rupee (kira-kira RM392), berkuat kuasa 1 Januari 2026, lapor Xinhua.

Ketua Pesuruhjaya Buruh, Nadeeka Wataliyadda berkata, gaji minimum harian juga akan meningkat daripada 1,080 rupee kepada 1,200 rupee (kira-kira RM15) bermula pada tarikh sama, sambil menambah bahawa majikan diwajibkan membuat pembayaran selaras dengan kadar semakan baharu itu.

Di bawah perundangan berkaitan, tanggungjawab untuk mematuhi gaji minimum berkanun terpakai kepada semua majikan, termasuk majikan langsung dan majikan utama bagi pekerja yang diambil melalui kontraktor atau perantara.

Pekerja yang mendapati majikan mereka tidak mematuhi kadar gaji baharu atau keperluan pembayaran berkanun boleh memfailkan aduan melalui sistem pengurusan aduan Jabatan Buruh atau menghantar aduan bertulis ke pejabat buruh yang berdekatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top