sukan@hmetro.com.my
Kuantan: Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada baki saingan Liga Super berbanding final Piala Malaysia.
Namun, legenda bola sepak Singapura itu, berkata keutamaan tetap pada aksi final Piala Malaysia terutama dalam membentuk skuad terbaik apabila berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) nanti.
“Buat masa ini Sri Pahang fokus dalam saingan Liga Super terutama berdepan Terengganu FC (TFC) di Temerloh, Khamis ini.
“Tetapi kami tetap memikirkan kesebelasan terbaik terutama memilih pemain yang mempunyai dedikasi, disiplin dan kemahuan yang tinggi apabila bertarung dengan JDT.
“Harapan saya adalah semoga penyokong akan hadir membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) selepas 11 tahun tidak ke final,” katanya.
Sabtu lalu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan mengumumkan aksi final Piala Malaysia antara juara bertahan, JDT dan Sri Pahang FC akan berlangsung di SNBJ pada 12 April depan.
Keputusan penetapan tarikh itu dibuat selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia (Liga M) 2024-2025 serta pembabitan JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
© New Straits Times Press (M) Bhd