SSMP, Selangor bermaharajalela di Tanjung Malim

SSMP, Selangor bermaharajalela di Tanjung Malim


SSMP juara Kategori Lelaki NRDP 7s B-17 Kebangsaan 2025. Foto NRDP

TANJUNG MALIM – Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) dan Selangor membuktikan status mereka sebagai kuasa besar ragbi remaja negara apabila masing-masing muncul juara dalam Kejohanan Ragbi Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP) Tujuh Sebelah (7s) Bawah 17 Tahun (B-17) Kebangsaan 2025.

Dalam aksi final yang berlangsung di Padang Ragbi, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), SSMP muncul juara kategori lelaki selepas menewaskan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) dengan keputusan 26-17.

Aksi cemerlang bintang muda SSMP, Aniq Hazreeq Ismaam turut mencuri tumpuan apabila dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.

Sementara itu, Kedah menamatkan saingan di tempat ketiga selepas menewaskan Johor 22-17 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.

Bagi kategori wanita, Selangor mempamerkan dominasi mutlak apabila menundukkan Sabah 17-0 dalam perlawanan akhir, sekali gus merangkul kejuaraan.

Pemain Selangor, Simone Shwe Punai dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir susulan persembahan mantap yang dipamerkan sepanjang perlawanan.

Selangor juara Kategori Wanita NRDP 7s B-17 Kebangsaan 2025. Foto NRDP

Selangor juara Kategori Wanita NRDP 7s B-17 Kebangsaan 2025. Foto NRDP

Kedah pula mengulangi pencapaian dalam kategori lelaki apabila berjaya meraih tempat ketiga selepas mengatasi Johor 24-19.

Sebagai rekod, Kejohanan Ragbi NRDP 7s B-17 Kebangsaan 2025 turut menjadi pentas pemilihan pemain untuk menyertai skuad NRDP ke Kejohanan Piala Bunga Raya 2025 yang dijadual berlangsung pada Oktober ini.



Source link

OR

Scroll to Top