Status Haaland bimbangkan Guardiola

Status Haaland bimbangkan Guardiola


PEP Guardiola mengakui Manchester City bimbang mengenai kecergasan penyerang utama, Erling Haaland menjelang kunjungan ke Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Khamis ini.

Haaland, yang telah meledak 27 gol dalam semua pertandingan musim ini, mengalami kecederaan lutut ketika kemenangan 4-0 City ke atas Newcastle pada 15 Februari lalu.

Beliau terpaksa dikecualikan ketika tewas 0-2 kepada Liverpool di Stadium Etihad pada Isnin yang menyaksikan penyandang juara itu kini menghuni tangga keempat liga dengan 44 mata.

“Kami akan mengetahui lebih lanjut malam ini selepas sesi latihan. Saya berharap dia sedia, tetapi kami masih belum pasti.

“Dia berasa lebih baik, namun kami akan membuat penilaian esok,” kata Guardiola mengenai peluang Haaland untuk beraksi menentang Spurs.

Tumpuan kini semua kepada Haaland, sekiranya pemain Norway itu tidak dapat beraksi ia akan satu tamparan hebat buat City yang sedang berusaha untuk memperbaiki prestasi semasa.

City, yang mendominasi EPL dalam empat musim terakhir, gagal mengekalkan momentum pada musim ini.

Mereka juga tersingkir dari Liga Juara-Juara dengan kekalahan agregat 3-6 kepada penyandang juara dari Sepanyol, Real Madrid.

Biarpun bergelut, Guardiola menegaskan membina semula skuad City bukan cabaran terbesar dalam kariernya.

Malah, dia telah melakukan proses pembaharuan pasukan sebanyak dua atau tiga kali dalam tempoh sembilan tahun terakhir.

“Kami sudah melakukannya beberapa kali sebelum ini. Ia bukanlah cabaran yang terlalu besar. Cabaran sebenar adalah ketika saya memulakan karier pengurusan saya bersama staf. Saya perlu membuktikan kemampuan diri saya dan staf saya,,” katanya.

LIGA PERDANA INGGERIS

KHAMIS (27 FEBRUARI)

Tottenham Hotspur lwn Manchester City, 3.30 pagi

Manchester United lwn Ipswich Town, 3.30 pagi

Nottingham Forest lwn Arsenal, 3.30 pagi

Liverpool lwn Newcastle United, 4.15 pagi

JUMAAT (28 FEBRUARI)

West Ham United lwn Leicester City, 4 pagi



Source link

OR

Scroll to Top