Sami kepada pelakon Azar Azmi merayu agar jaminan dikurangkan selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu membabitkan urusan penjualan tanah kurniaan tidak wujud sehingga menyebabkan kerugian lebih RM200,000 tahun lalu.
Memetik Sinar Harian, tertuduh, Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri yang tidak diwakili peguam membuat rayuan itu dengan alasan isterinya tidak bekerja serta perlu menanggung sembilan anak.
BACA: Azar Azmi Dibebaskan, Jadi Saksi Pendakwaan
Menurutnya lagi, dia juga menghidap sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan gout.
Mohd Sapri membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Tertuduh didakwa menipu lelaki berusia 56 tahun dengan memperdayakannya untuk membuat pembayaran sebanyak RM270,811 ke akaun milik seorang wanita bagi mendapatkan tanah kurniaan negeri Selangor yang tidak wujud.
Sementara itu, tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu seorang lelaki berusia 49 tahun dengan memperdayakannya untuk membuat pembayaran RM23,120 bagi urusan mendapatkan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk yang tidak wujud.
Sumber: Sinar Harian





