Pelakon, Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa terharu apabila menerima kejutan istimewa daripada suaminya, Datuk Lokman Teh, sempena ulang tahunnya yang ke-35 tahun.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Atikah memuat naik video memaparkan suaminya menghadiahkan sejambak bunga diperbuat daripada wang tunai bernilai kira-kira RM10,000, sekali gus mencuri perhatian ramai pengikut di media sosial.
Menurut Atikah, kejutan tersebut bukan sahaja membuatkan dirinya tersentuh, malah dia bersyukur dikurniakan seorang suami yang sentiasa berusaha membahagiakannya.
“Dulu orang selalu pesan suruh kahwin sebab best. Tapi tak tau pula best sampai tahap macam ni. I love you so much baby,” katanya.
Menerusi hantaran lain, Atikah turut memuat naik beberapa video memaparkan hadiah-hadiah lain yang diterimanya.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata turut tumpang gembira melihat kebahagiaan pasangan berkenaan.
Sekadar info, Atikah berkahwin dengan usahawan, Lokman pada 21 Januari 2024,
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lyla mulan Teh, setahun.





