Suami Erra Fazira teruja, kongsi momen bertemu Tun Hasmah selepas tarawih

Suami Erra Fazira teruja, kongsi momen bertemu Tun Hasmah selepas tarawih

Suami Erra Fazira teruja, kongsi momen bertemu Tun Hasmah selepas tarawih


Suami kepada Erra Fazira, Ezwan Zain, berkongsi detik peribadi penuh makna selepas selesai menunaikan solat tarawih malam pertama Ramadan.

Perkongsian ringkas itu dimuat naik menerusi media sosial miliknya, namun cukup menggambarkan keterujaan menyambut Ramadan bersama pasangan tercinta buat pertama kali secara rasmi sebagai suami isteri.

“Alhamdulillah my 1st tarawih. Selamat menyambut Ramadan buat semua umat Islam. Korang tarawih kat mana?” tulisnya.

Suami Erra Fazira teruja bertemu Tun Hasmah

Pertemuan itu menjadikan malam tarawih berkenaan lebih makna apabila Ezwan bukan sahaja hadir sebagai jemaah, malah berpeluang bertemu sendiri sosok yang dihormati rakyat Malaysia, terkenal dengan kesederhanaan dan ketekunan dalam beribadah.

Di ruangan komen, Erra tidak dapat menyembunyikan rasa tersentuh dengan momen berkenaan.

“Awwww.. what a sweet memorable moment.. first tarawih, ruang selesa dan bertemu dengan insan yang dikagumi.
“Encik suami sangat bertuah.. Alhamdulillah,” ujarnya.

Artikel lain: Erra dedah hampir 100% majlis nikah diuruskan suami – “Bergerak ikut kemampuan..”

Ezwan kemudian membalas dengan nada sederhana namun penuh penghargaan terhadap perjalanan hari pertamanya di bulan mulia itu.

“Alhamdulillah diberi rezeki yang baik dan dipermudahkan urusan hari ini. Thanks sayangku,” ungkapnya.

Terdahulu, Erra dan Ezwan disatukan sebagai suami isteri pada 12 Disember 2025 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang.





Source link

OR

Scroll to Top