Suami isteri ditemukan mati dengan kesan kecederaan serius

Suami isteri ditemukan mati dengan kesan kecederaan serius

Suami isteri ditemukan mati dengan kesan kecederaan serius


mdroji@bh.com.my

Kuching: Suami isteri ditemukan mati dengan kecederaan serius pada badan di sebuah rumah di Taman Mutiara, Jalan Brayun, Sri Aman dekat sini, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan pasangan terbabit yang tidak sedarkan diri pada jam 6.55 pagi.

Beliau berkata, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman bersama pegawai perubatan dari Hospital Sri Aman segera ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat itu.

“Mangsa adalah seorang lelaki berumur 45 tahun dan isterinya berumur 44 tahun.

“Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Zainal berkata, motif serta punca kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengumpul bukti serta keterangan saksi sedang giat dijalankan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Kalang di talian 019-331 7785 atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah IPD Sri Aman serta balai polis berdekatan.

“Kerjasama orang awam amat penting bagi membantu siasatan dan memastikan keselamatan komuniti terus terpelihara,” katanya.

Menurut sumber, mangsa bertugas sebagai guru besar di sebuah sekolah di Lubok Antu, Sri Aman manakala isterinya seorang jururawat.

Mayat pasangan terbabit ditemui anak mereka yang menyedari mereka tidak keluar dari bilik.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top