“Suami Saya Nampak Makhluk Bertenggek Di Bahu Amad, Ada Yang Berpaut Di Kaki”

“Suami Saya Nampak Makhluk Bertenggek Di Bahu Amad, Ada Yang Berpaut Di Kaki”


Insiden peserta program Talk To My Manager (TTMM) iaitu Amad yang rebah selepas melakukan persembahan terakhir di pentas Grand Finale baru-baru ini mengejutkan ramai.

Turut menjadi perhatian, ibu Amad yang juga penyanyi Siti Sairah memuat naik video memaparkan persembahan pembukaan yang bertenaga daripada Amad sehinggalah sebelum persembahan kedua.

BACA:

Menerusi video itu, lima minit sebelum persembahan kedua tekak Amad tiba-tiba perit serta remaja itu mengatakan bahunya berat dan sakit sehingga tidak mampu untuk berdiri.

Diruangan komen seorang netizen mendakwa suaminya nampak ada makhluk bertenggek di bahu remaja berkenaan ketika Amad menyanyi serta mendakwa makhluk itu seolah menghalang suara untuk keluar.

Komen tersebut turut dipinkan oleh Sairah di Instagram miliknya serta mendapat perhatian ramai. Rata-rata netizen mengatakan mereka seram membaca komen individu berkenaan serta mendoakan agar Amad segera sembuh.






Source link

OR

Scroll to Top