Suapan RM30,000, penjaga jentera Mosti direman enam hari

Suapan RM30,000, penjaga jentera Mosti direman enam hari



am@hmetro.com.my

Georgetown: Penjaga jentera di sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes suapan bernilai RM30,000.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd Azlan Basri bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, suspek yang berkhidmat sebagai penjaga jentera di institusi penyelidikan dan pembangunan sumber biologi semula jadi itu tiba ke mahkamah kira-kira 9 pagi dengan memakai baju lokap SPRM.

Berdasarkan maklumat, suspek ditahan di rumahnya pada malam tadi dalam satu operasi.

Tertuduh disyaki menerima wang sogokan bernilai RM30,000 sebagai balasan bagi membantu kontraktor mendapatkan kerja sivil di agensi berkenaan.

Beberapa kenderaan mewah juga di sita dalam operasi berkenaan iaitu kereta jenis Mustang dan dua motosikal berkuasa besar.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top