“Suara Perempuan Bukan Aurat, Fight Me!”- Ika Nabella Bukan Ajak Bergaduh Tapi Mahu Hujah

“Suara Perempuan Bukan Aurat, Fight Me!”- Ika Nabella Bukan Ajak Bergaduh Tapi Mahu Hujah


Pelakon Ika Nabella menyorot perhatian apabila berkongsi kenyataan di media sosial miliknya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Ika bertanyakan soalan mengenai isu ‘suara perempuan bukan aurat’ untuk dijadikan topik perbincangan secara ilmiah dan bukannya umpatan (ghibah).

“Perbincangan ilmiah bukan ghibah. Jangan lari context ya,” tegasnya.

Dalam pada itu, ika juga tampil mengulas dengan lebih lanjut mengenai penggunaan frasa ‘Fight Me’ yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Jelasnya, istilah tersebut tidak membawa maksud untuk mencetuskan pergaduhan atau melawan hukum agama.

“Fight me does not mean throw punches tidak juga bermaksud melawan hukum Allah. Baca dengan tenang saudara saudari ku. It means, challenge the statement.

“Come with facts. Come with knowledge. Dalam erti kata lain, let’s discuss. Saya mahukan pendapat dari anda juga,” katanya.

Bagaimanapun, sedar hantaran tersebut menerima pelbagai teguran dan kritikan, Ika bagaimanapun menjelaskan bahawa kenyataannya itu hanyalah sebagai topik perbincangan sahaja.

“Masyaa-Allah punya banyak komen. Ramai trigger dengan perkataan ‘Fight Me’.

“Ni i genuinely put this statement out here to stir the pot a little. For this brilliant minds to come at it. armed with facts, logic, and receipts.

“But,  i like this kind of fight now got to see who is really who. Dalam dok pesan tu perbincangan ilmiah bukan ghibah tetap la hampa ni,” jelasnya.

 



Source link

OR

Scroll to Top