mohamadridzuan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: “Waktu Allahyarham Andre Mikhail menghembuskan nafas terakhir, Kak Miza (Amyza) tiada disisinya kerana pulang ke rumah sekejap.
“Selepas dapat berita sedih ini, dia bergegas datang dan tak lepas-lepas peluk erat anaknya. Semua yang ada di wad turut sedih,” kata pelakon Linda Hashim.
Linda tiba di wad Hospital Kuala Lumpur beberapa minit selepas arwah Andre menghembuskan nafas terakhir.
Dia turut memuatnaik berita sedih ini di Instagramnya.
Terdahulu, Amyza Aznan berkongsi berita kematian anak sulungnya yang menderita kanser paru-paru meninggal dunia.
Amyza berkongsi pemergian anak tersayangnya itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story dan meminta doa ramai sedekahkan Al-Fatihah buatnya.
Berita sedih itu turut dikongsi rakan artis Didie Alias yang memaklumkan Andre menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 10.15 malam tadi.
Sementara itu, rakan baik Amyza iaitu Ayong Rahman yang juga bekas penerbit di TV3 berkata, jenazah Andre Mikhail akan dibawa ke Masjid Al-Khariah Keramat AU3 Keramat selepas selepas urusan di forensik.
“Bagaimanapun urusan pengebumian belum dapat dipastikan waktunya kerana belum dapat pengesahan dari ahli masjid,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd





