“Sudah Lah Tu Nak Bergaduh Sesama Islam, Ada Cara Yang Lebih Beradab Untuk Tegur Cegah Kemungkaran” – Isa Khan

“Sudah Lah Tu Nak Bergaduh Sesama Islam, Ada Cara Yang Lebih Beradab Untuk Tegur Cegah Kemungkaran” – Isa Khan


Pelakon, Isa Khan menegur sikap segelintir pihak yang gemar berbalas kecaman terutamanya mereka yang seagama khususnya apabila melibatkan usaha menegur kesalahan atau mencegah kemungkaran.

Menurut Isa, niat menegur itu baik, namun cara yang digunakan perlu beradab dan tidak mengaibkan individu lain secara terbuka.

“Sudah- sudah lah tu bergaduh sesama islam. Sorang tu pun nak menegur, tapi dengan cara mengaibkan orang dan memalukan orang secara umum.

“Aku rasa Islam pun tak ada ajar cara main sembur je orang secara umum macam tu, ada cara yang lebih beradab untuk menegur dan mencegah kemungkaran,” luahnya.

Dalam pada itu, Isa turut menegur sikap segelintir pihak yang sukar menerima kenyataan mengenai hukum agama.

“Seorang lagi pula tak boleh terima kenyataan bahawa yang halal tetap halal, dan yang haram tetap haram.

“Jangan hanya sebab belum boleh berubah, sampai nak menghalalkan yang haram,” katanya.

Malah, pelakon drama Cinta Tanpa Henti itu sempat mengingatkan kepada netizen agar tidak terus melaga-lagakan kedua belah pihak sebaliknya, berdiam diri jika tiada benda berfaedah hendak diperkatakan.

“Netizen pula kerja nak simbah minyak dalam api je, kita patut berdoa untuk dorang supaya berbaik sesama Islam. Bukannya nak jadi batu api pula, baik kau orang diam je kalau tak ada benda baik nak cakap. Subhanallah,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Tegur Drama Melayu Banyak Adegan ‘S*ft P*rn’ & Penyondol, Isa Khan Ditegur Netizen

ARTIKEL BERKAITAN:“Cerita Kita Hanya Sampai Di Sini”-  Isa Khan Beri ‘Hint’ Rumah Tangga Bersama Risteena Sudah Berakhir?

ARTIKEL BERKAITAN:Risteena Tepis Dakwaan Rumah Tangga Dengan Isa Khan Bergolak – “Kapsyen Suami Saya Itu Hanya Lirik Lagu & Quotes”





Source link

OR

Scroll to Top