“Sudah Tentu Saya Akan Kongsi Berita Baik, Tunggulah…” – Dayang Nurfaizah

“Sudah Tentu Saya Akan Kongsi Berita Baik, Tunggulah…” – Dayang Nurfaizah


Penyanyi, Dayang Nurfaizah secara terbuka tampil menjawab spekulasi dirinya sudah berkahwin dengan rakan industri, Hael Husaini.

Menerusi video temu bual bersama sebuah radio, Dayang atau nama lengkapnya, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 46, berkata sekiranya ada perkara yang menggembirakan dia pasti akan berkongsi.

“Saya harapkan peminat doakan yang terbaik. Kalau benda yang betul dan boleh dikongsikan dengan peminat, Insya-Allah.

“Untuk peminat semua sabar dan tunggulah. Sudah tentu benda baik saya akan kongsikan kepada semua,” ujarnya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Di Pintu Syurga ini turut menjawab berhubung perhiasan rantai yang dipakainya didakwa sama dengan Hael.

“Kebetulan ranai ini jenama sama, bukan saya dan dia saja ada. Ramai ada.

“Dia salah seorang sahabat yang baik dan rakan duet yang serasi dengan saya,” katanya.

Terdahulu, heboh di media sosial berhubung dakwaan Dayang dan Hael telah berkahwin.

Bukan itu sahaja, timbul juga kontroversi mengatakan mereka sudah bertunang pada awal tahun lalu, bagaimanapun pelantun lagu Jampi itu menafikan perkara tersebut.

Artikel Berkaitan: “Bukan Dari Saya…” – Hael Husaini Nafi Sudah Bertunang Dengan Dayang Nurfaizah

Sumber: Instagram Suria





Source link

OR

Scroll to Top