Sukan SEA 2025: Menang emas, dapat rumah

Sukan SEA 2025: Menang emas, dapat rumah

Sukan SEA 2025: Menang emas, dapat rumah


KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Datuk Seri Lee Tian Hock, mengumumkan ganjaran berupa seunit pangsapuri kepada pemain yang berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan SEA 2025.

Beliau berkata insentif itu diberikan sebagai penghargaan terhadap komitmen dan pengorbanan atlet yang mewakili negara, selain usaha memastikan masa depan pemain lebih terjamin selepas karier sukan mereka berakhir.

Selain ganjaran utama, pemain yang memenangi pingat perak akan menerima RM20,000, manakala RM10,000 akan diberikan kepada pemenang gangsa, termasuk ketua jurulatih dan penolong jurulatih.

Menurut Tian Hock, insentif berupa kediaman itu dianggap simbol keselamatan jangka panjang kepada atlet, khususnya selepas mereka meninggalkan arena kompetitif.

“Sekurang-kurangnya bila pemain dapat rumah, mereka ada tempat berteduh walaupun selepas karier sukan tamat,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa ganjaran tersebut bukan sekadar imbuhan, tetapi satu bentuk jaminan masa depan bagi atlet yang berjuang mengharumkan nama Malaysia.

Katanya, Majlis Penyerahan Bendera Sukan SEA itu turut dianggap sebagai detik penting dalam memulakan perjalanan pasukan bola keranjang negara menuju temasya yang bakal berlangsung tahun depan.

“Setiap aksi di gelanggang mencerminkan keberanian serta semangat negara, dan MABA yakin pemain mampu mencapai sasaran yang ditetapkan bersama MSN dan OCM,” katanya-UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top