Sukan SEA: Kemboja nekad tarik diri

Sukan SEA: Kemboja nekad tarik diri


Delegasi Kemboja mengibarkan bendera kebangsaan mereka ketika menyertai acara perarakan atlet ketika upacara pembukaan Sukan SEA ke-33 di Stadium Nasional Rajamangala di Bangkok pada Selasa. Foto AFP

PHNOM PENH – Kemboja pada Rabu memanggil pulang seluruh delegasinya daripada Sukan SEA 2025 yang sedang berlangsung di Thailand.

Ia memberi alasan kebimbangan keselamatan yang serius selepas pertempuran ganas di sempadan kembali tercetus.

Keputusan pengunduran itu dinyatakan secara rasmi menerusi surat dihantar Setiausaha Agung Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Kemboja (NOCC), Chaiyapak Siriwat kepada Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF).

Kandungan surat itu bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas mengenai kegusaran Phnom Penh.

“Keluarga para atlet turut meminta kepulangan segera mereka. NOCC perlu memastikan kepulangan kumpulan itu ke Kemboja dengan segera. Ia bukan satu keputusan yang mudah.

“Saya juga mahu merakamkan penghargaan terhadap semangat kesukanan yang diberikan penganjur temasya itu kepada atlet kami,” menurut surat tersebut lagi.

Tambahnya, NOCC akan bekerjasama dengan SEAGF untuk menguruskan logistik pelepasan pulang.

Difahamkan, kontinjen atlet Kemboja terdiri daripada 110 anggota telah mendaftar untuk menyertai 12 sukan dijadualkan pada 9 Disember hingga 20 Disember ini selepas menarik diri daripada sembilan acara termasuk bola tampar pada bulan lalu.

Kontinjen berkenaan hadir pada acara pembukaan di Bangkok dan sepatutnya bertanding untuk acara renang, gimnastik dan seni mempertahankan diri pada Rabu. – Agensi

Info:

Insiden penarikan diri dalam sejarah Sukan SEA/SEAP hanya libatkan negara penganjur dan bukannya penyertaan dalam acara sukan itu.

>Kemboja – Sukan SEAP 1963. Gagal jadi negara penganjur kerana ‘ketidakstabilan’ negara itu dan perselisihan dengan badan antarabangsa sukan.

>Laos – Sukan SEAP 1965. Laos tarik diri atas alasan kewangan dan kesukaran membuat persiapan. Diambil alih oleh Malaysia.

>Kemboja – Sukan SEAP 1967. Kemboja sekali lagi tolak jadi penganjur. Diambil alih oleh Thailand.

>Vietnam – Hanoi menolak untuk jadi penganjur kerana kemelut politik.

>Brunei Darussalam – Brunei menarik diri jadi penganjur beberapa kali kerana kekurangan kemudahan, sukar sediakan infrastruktur dan persiapan sukan.

 

 

Ringkasan AI

  • Kemboja memanggil pulang delegasi Sukan SEA 2025 dari Thailand atas kebimbangan keselamatan
  • Pertempuran di sempadan kembali tercetus menyebabkan keputusan pengunduran
  • Setiausaha Agung NOCC hantar surat kepada SEAGF menyatakan keputusan pengunduran tanpa sebut kegusaran spesifik
  • Keluarga atlet minta kepulangan segera, NOCC pastikan kepulangan kumpulan itu dengan segera
  • Kontinjen Kemboja terdiri daripada 110 anggota, mendaftar untuk 12 sukan selepas menarik diri dari sembilan acara sebelumnya



Source link

OR

Scroll to Top